Pakar Pelik Remaja Ini Kerap Sakit Perut, Muntah Selepas Makan Dan Berat Turun Mendadak. Setelah Diperiksa, Terkejut Jumpa Gumpalan Rambut Dalam Perutnya

RUSIA – Segumpal rambut seberat 4 kilogram berjaya dikeluarkan dari perut seorang remaja perempuan di bandar Ulan-Ude di Republik Rusia, Selatan Buryatia.

Remaja berusia 16 tahun itu kerap sakit perut, muntah selepas makan selain berat badan turun secara mendadak hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Selepas melakukan pemeriksaan secara menyeluruh, doktor mendapati segumpal rambut berada di dalam usus remaja itu.

Ketua pasukan pakar bedah, Bator Dondokov berkata, perkara seperti itu jarang berlaku.

“Punca berlaku kerana remaja ini dikatakan gemar mengunyah rambutnya sendiri hingga menjadi habit (kebiasaan).

“Risikonya apabila rambut itu berkumpul di dalam usus perut ia memberi kesakitan kepada pesakit,” katanya.

Ibu remaja itu berkata, sebelum ini anaknya pernah menerima rawatan di hospital dan kesihatan bertambah baik namun penyakitnya berulang kembali.

Difahamkan, remaja terbabit menghidapi penyakit gangguan mental iaitu Trichophagia yang mana pesakit akan memakan rambut mereka sendiri atau rambut orang lain.

Remaja berkenaan telah mengunyah rambutnya sendiri sejak 10 tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Sementara itu, kata Dr Andrey Karavaev, sebanyak 80 peratus daripada perut gadis itu dipenuhi dengan bola rambut gergasi dan saluran gastrousus (saluran pencernaan) berada dalam bahaya kerana telah disekat. – The Sun

Artikel Berkaitan   Lelaki Sanggup Jerut Leher Isteri Sampai [email protected] Gara-Gara Kes Cerai