Pam Gagal Berfungsi, Minyak Terpaksa Dicurah Atas Lantai, Wanita Ini Cemas. Rupanya Masihlagi Yang Ramai Tidak Tahu

Nampaknya masih ramai yang tak tahu dan tak perasan yang wujudnya butang kecemasan untuk hentikan minyak petrol keluar di semua stesen minyak. Ini dapat dilihat apabila tersebar satu video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan cemas apabila pam yang digunakannya gagal berfungsi dan mengeluarkan minyak tanpa henti.

Butang kecemasan (Stop Emergency)

Video itu hanya berdurasi selama 5 saat dan telah mendapat banyak komen yang menyatakan mereka turut tidak mengetahui tentang kewujudan butang kecemasan itu.
Dalam video terbabit, dapat dilihat seorang wanita terus memegang pam minyak yang dicurahkan ke arah lantai. Keadaan ini sangat bahaya dan boleh mendatangkan kemalangan yang lebih teruk. Fungsi butang ini adalah untuk menghentikan minyak dari mencurah terlalu laju seperti yang berlaku di dalam video tersebut.

Emergency Stop Button

Aiyoo… Just press Emergency Stop Button….🤦‍♂🤦‍♂🤦‍♂

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Saturday, 26 October 2019

Komen netizen yang turut tidak menyedari wujud butang kecemasan