Panduan Tanam Serai Dalam Pasu Bunga Yang Sangat Mudah Tapi Merimbun Dan Segar!

Sekarang harga serai bukan main lagi kt pasaraya, pastu nak guna bukan banyak pun, dh la jual seikat banyak, baik tanam, boleh cabut satu2, nama nak pakai je.. jimat dan mudah!


Serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat terutama dalam bidang kecantikan dan kesihatan seperti:

1) sebagai antioksidan dan mencegah penyakit kanser.
2) dapat memutihkan gigi
3) menyembuhkan perut kembung
4) Menghasilkan minyak serai

Jom kita belajar macam mana nak menanam serai dalam pasu bunga. Boleh jimat duit belanja dapur!

Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.

Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.

 

Langkah 3
Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.

Langkah 4
Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.

 

*Jangan menanam benih serai terlalu dalam

Langkah 5
Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.

Langkah 6
Pembajaan. Saya guna baja tahi ayam. dua minggu sekali.

Langkah 7
Menuai. Jangan mengerat daun serai semasa proses pembesaran.

share!

Sumber : Petua Sihat dan Cantik via FB Keluarga Till Jannah

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah