Viral di media sosial klip video yang dirakam seorang pengguna Instagram mengejek pekerja restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Singapura yang dikatanya seperti zombie.
Video berdurasi 9 saat itu dimuat naik oleh @bybyshxk di Instastory nya baru-baru ini dikecam netizen kerana mengejek pekerja berkenaan yang menghidap autisme.
Dalam video itu, @bxbyshxk tidak dapat menahan ketawanya melihat pergerakan pekerja berkenaan.
Namun tindakannya itu mengundang padah apabila video itu diviralkan di Twitter dan tampil beberapa individu yang mengenali pekerja berkenaan, menyelar tindakan biadab @bxbyshxk.
“Dia rakan sekerja saya. Bukan mudah nak bertugas di bahagian lobi. Dia langsung tidak mudah berputus asa bila melakukan kerja-kerja seperti membersihkan dulang, isikan bekas cili, buang sampai dan sebagainya.
“Saya betul-betul hormat pada orang-orang yang istimewa seperti ini. Kami beri mereka peluang untuk bekerja dengan akmi. Kami bantu mereka, beri panduan dan sokongan kepada mereka.
“Dia layak mendapat layanan yang lebih baik berbanding viral ini sebagai balasan.” @buxxyboii
“Patutnya kau yang malu dengan dia. Budak yang kurang sifatnya itu boleh pergi bekerja tetapi kau? “Mak, nak duit”. Manusia sekarang semakin lama semakin tak pakai akal nak buat bahan jenaka tak kena pada tempatnya,” – @Kenakkiyus
Akibatnya, ramai netizen yang menyerang @bxbyshxk_ sehingga dia terpaksa menetapkan Instagranya kepada mod privasi dari terus diancam netizen.
Sumber: The Reporter