Pelakon Dan Pengarah Terkenal Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhirnya Semalam Secara Tiba-Tiba Di Lampu Isyarat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah yang terkenal sekitar era 1990-an, Roslan Hussin menghembuskan nafas terakhir sekitar 5.30 petang semalam akibat diserang sakit jantung ketika berada di dalam kereta.

Menurut isterinya, Normizan Hamzah, 44, ketika kejadian allahyarham keluar membelinya kasut sekolah bersama anak keduanya.

Namun beliau tiba-tiba diserang sakit jantung ketika berhenti di lampu isyarat berdekatan  Setapak sebelum anaknya meminta pertolongan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Roslan, 55, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur namun doktor mengesahkan allahyarham sudah meninggal dunia setibanya di hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Antara filem lakonan arwah ialah Layar Lara selain terkenal menerusi drama Spektra dan drama-drama terbitan HVD yang popular di RTM sekitar 1990-an.

Kali terakhir Roslan mengarah adalah sekitar empat tahun lalu menerusi drama Siti Oh Siti.

Jenazah dimandikan di Surau Al Husna PPR Sri Semarak pada pukul 8.30 pagi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor lebih kurang jam 10 pagi ini. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Naik Angin Ditahan Ketika Pemeriksaan, Lelaki Ini Bertindak Tumbuk Anggota Polis