Pelakon Terkenal Malaysia Ditahan Kerana Simpan Beruang Dalam Rumah Tanpa Kebenaran

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, semalam.


Wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas pihak Perhilitan menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahan wanita itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial semalam. – Bernama