Pemandu Lori Tersepit Lalu Kaki Kanannya Hancur, Bomba Ambil Masa 15 Minit Untuk Mengutip Cebisan Kaki

PAGOH- Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa 15 minit untuk mengutip cebisan kaki seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 115 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, petang semalam.


Mangsa, Effendy Karim, 39, yang memandu lori membawa muatan alat ganti kenderaan putus kaki kanan dan dikejarkan ke Hospital Muar untuk rawatan.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Azis berkata, mangsa tersepit selepas lori yang dipandunya melanggar sebuah treler.

“Lori yang membawa alat ganti kenderaan telah melanggar belakang treler. Pemandu lori tersebut telah tersepit mengakibatkan kaki kanannya hancur. Mangsa di hantar ke Hospital Muar untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, pemandu treler tersebut dilaporkan selamat.