“Peraturan Tetap Peraturan” Jual Kuih ‘Air Tangan’ Ibu Di Sek0lah, Muka Murid 10 Tahun Berubah Ditegur ‘SaIah’ 0leh Guru Tegas

SETIAP kali bunyi loceng menandakan waktu rehat di sekolah, golongan muridlah yang paling seronok kerana dapat makan bersama rakan-rakan di kantin.

Tetapi lain pula halnya dengan kisah seorang murid yang dikesan membawa bungkusan mengandungi beberapa bekas kuih untuk dijual kepada murid lain sebelum waktu rehat.

“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,” ujar murid berusia 10 tahun itu sambil tersenyum apabila ditegur oleh seorang guru.

Guru berkenaan yang berkongsi kisah itu di halaman Facebook, Mohd Fadli Salleh berkata, aktiviti murid menjual di sekolah merupakan satu kesalahan.

Kuih yang dibuat oleh seorang ibu untuk dijual oleh anaknya di sekolah.

“Berubah muka murid tersebut bila aku cakap macam tu. Memang ketara perubahan air muka dari gembira dengan hasil jualan menjadi takut dihukum atau didenda guru disiplin,” katanya.

Bercakap kepada murid berkenaan, Mohd Fadli berkata, aktiviti menjual dalam kalangan murid di sekolah tidak dibenarkan,.

“Pertama sekali, orang lain akan dengki. Mereka pun nak jual juga. Kedua, kalau duit jualan awak hilang, macam mana?

“Ketiga, kalau semua orang jual makanan, tiada orang akan makan dan beli di kantin. Rugi orang kantin. Keempat, jika makanan awak jual tu buat orang lain sakit perut macam mana?” jelasnya kepada murid tersebut.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menerima teguran untuk tidak menjual di sekolah. Gambar sekadar hiasan

Riyak wajah murid yang kerisauan itu semakin hilang selepas diberikan penerangan, malah mengangguk tanda faham kerana tidak dimarahi.

“Kali ini tak apa, cikgu maafkan. Lagipun awak tidak tahu. Mak awak pun tak tahu. Dalam Islam, kalau tak tahu, dimaafkan kesalahan itu.

Artikel Berkaitan   Doktor Asal Mesir Ini Ungkap Rahsia Didalam Al-Qur’an yang Boleh Kembalikan Penglihatan 99%

“Simpan duit awak elok-elok, jangan bagi hilang. Pulang nanti terus bagi kat mak. Beritahu elok-elok kat mak apa yang cikgu cakap,” ujarnya.

Sumber : Rosmerah