Perilaku Haiwan Membawa Maksud Tersirat Dalam Kehidupan Seharian

Perilaku Haiwan Membawa Maksud Tertentu Dalam Kehidupan Seharian

1. Anjing peliharaan melolong sepanjang malam
Bermakna sebagai satu tanda bahawa kita akan mendengar kabar yang kurang baik, dimana kita atau salah satu ahli keluarga kita ada yang sakit atau pun akan dilanda musibah.

2. Anjing peliharaan menggaru-garu segala macam barang
Ertinya diantara keluarga kita akan menerima rezeki yang tak disangka-sangka.

3. Anjing peliharaan berkelahi dengan anjing jiran
Bermakna dalam masa seminggu kita akan mengalami nasib malang/sial, apabila perkelahian itu tidak seperti kebiasaannya, kerana sebelumnya anjing kita tidak perna berkelahi.

4. Anjing menguap dan matanya berair (bukan kerana mengantuk)
Maksudnya dalam masa terdekat tuannya akan mengalami penyeksaan yang sanggat sadis oleh orang lain.

5. Anjing meloglong-lolong seperti sedang menangis tepat pada jam 24.00 tengah malam
Bermakna akan ada ahli keluarga yang akan jatuh sakit.

6. Anjing peliharaan melolong-lolong kurang dari jam 24.00 tengah malam
Bermakna ada roh berkeliaran di sekitar rumah.

7. Janganlah anda atau sesiapa pun membunuh binatang di tempat yang tertutup/bukan d tempat umum
Bermakna jika membunuh dalam masa terdekat orang tersebut akan tertimpah sakit tenat dan kemungkinan boleh membawa maut.

8. Melihat/bertemu anjing peliharaan beranak tujuh
Bermakna pemilik rumah akan mendapat banyak musuh dalam kerjaya.

9. Suatu hari anjing tidak bertuan datang ke rumah dan tinggal di rumah.
Bermakna pemilik rumah akan mendapat rezeki besar.

10. Burung serak hinggap di tiang @ atap rumah dan berulang kali memekikkan suaranya
Bermakna akan ada yang meninggal dunia dalam masa terdekat diantara ahli keluarga pemilik rumah tersebut.

11. Burung serak terbang melintasi rumah dan mengeluarkan suara
Bermakna akan ada kabar bahawa keluarga yang rumahnya dilewati tersebut akan jatuh sakit dalam masa terdekat.

12. Ada burung hantu yang hinggap di tiang rumah @ atap rumah pada waktu tengah malam
Bermakna sebagai satu tanda yang memberitakan akan ada yang meninggal esok pagi diantara penghuni rumah.

13. Bila ada burung pipit/ burung gereja sparrow yang tersesat masuk kedalam rumah
Bermakna salah seorang penghuni rumah yang dimasukinya akan mendapat jodoh dalam masa terdekat.

14. Dalam perjalanan bertemu dengan burung hantu yang terbang diatas kepala
Bermakna sebagai satu peringatan kepada anda agar menjaga kesihatan, kalau tidak dalam masa terdekat anda akan sakit.

15. Dimalam hari ada kelawar masuk ke rumah
Bermakna ada orang yang berniat buruk pada pemilik rumah.

16. Burung peliharaan anda berbunyi serantak pada malam hari
Bermakna tuan rumah akan mendapat rezeki tidak terduga.

17. Jika ada kucing berbulu hitam satu badannya yang melintasi jalan kita
Bermakna segala usaha dan urusan anda akan menjadi sia-sia.

18. Jika dalam perjalanan terlanggar kucing sehingga mati
Bermakna akan ada peristiwa lalu lintas yang bakal menimpa kita. Tetapi jika kucing tersebut dikuburkan oleh kita bermakna kita akan selamat.

Artikel Berkaitan   Doktor Sahkan Air Ketum Mempunyai Banyak Khasiat Dan Bagus Untuk Kesihatan

19. Bila kita terlanggar kucing hingga terluka
Bermakna dalam masa terdekat pelanggar itu akan diserang penyakit berat, kecuali kucing itu diubati.

20. Bila kucing melangkah jenazah/mayat
Bermakna jika itu trjadi maka akan membangunkan si jenazah/mayat dan bila jenazah memeluk orang yang ada disekitarnya maka akan sukar untuk dilepaskan.

21. Apabila memukul kucing sehingga terluka
Bermakna jika tidak diubati segera maka rezeki keluarga orang yang melukai kucing itu akan berkurangan selama dua bulan berturut-turut.

22. Kucing menjilat kaki majikan
Bermakna salah satu dari ahli keluarga akan mendapat rezeki dalam masa tidak lebih dari satu bulan, hanya jika hal itu bukan kebiasaan si kucing menjilat kaki majikannya.

23. Disarankan untuk mandi bungga tujuh jenis warna sebelum Jam6 setelah memukul kucing sehingga mati.
Bermakna sebagai satu ritual untuk menghindari nasib buruk selama 3 bulan berturut-turut.

24. Disarankan untuk menabur garam pada dubur kucing ketika terlihat kucing peliharaan sedang sibuk menjilat duburnya sendiri yang dilakukan berulang-ulang
Bermakna sebagai menghindari penyakit yang akan datang pada salah satu ahli keluarga tidak akan timbul/datang.

25. Didalam perjalanan terdapat kucing yang ingin menyeberang tetapi membatalkan diri dengan kembali ke tempat asalnya.
Bermakna segala urusan yang sedang diusahakan tidak akan terselesai.

26. Disarankan memelihara kucing berbulu hitam yang keningnya terdapat beberapa lembar bulu putih
Bermakna akan membawa pengaruh baik dalam mencari makan/nafkah

27. Disarankan untuk menyimpan atau mengantungkan bulu kucing yang sudah dikeringkan
Bermakna untuk sebagai ajimat dalam berjudi.

28. Janganlah anda atau sesiapa pun membunuh binatang ditempat yang tertutup/menakutkan (bukan tempat umum)
Jika membunuh binatang juga maka tidak lama orang tersebut akan ditimpa sakit tenat bahkan boleh membawa maut.

29. Bertemu kucing peliharaan beranak tujuh
Bermakna bahawa pemilik rumah akan menjadi kaya

30. Bertemu kucing peliharaan beranak Sembilan
Bermakna bahawa pemilik rumah akan selamat di dunia akhirat dan akan menjadi kaya raya.

31. Suatu ketika datang kucing tidak bertuan dan dialu alukan tinggal di rumah
Bermakna pemilik rumah akan mengalami nasib baik lucky

32. Kucing peliharaan beranak kucing berbelang empat
Bermakna tuah rumah akan selamat sejathera/ aman damai.

33. Kucing peliharaan beranak kucing berbelang tiga
Berrmakna tuah rumah/pemilik rumah akan mendapat rezeki dalam masa terdekat.

34. Melihat ikan peliharaan dalam aquarium @ kolam mati semuanya tanpa sebab
Bermakna tuan rumah akan mengalami nasib yang kurang baik.

35. Terjumpa @ melihat dengan tiba-tiba di dalam telaga ada ikan
Bermakna tuan rumah akan mendapat rezeki yang besar.

36. Bila ada ayam jantan yang berkokok pada waktu tengah malam
Bermakna akan ada wanita hamil sebelum nikah.

37. Bila ada ayam jantan yang masuk ke dalam rumah pada pagi hari dan berkokok
Bermakna akan ada kabar buruk yang akan dialami oleh tuan rumah dalam tempoh yang terdekat.

Artikel Berkaitan   Walaupun Berbau Busuk Selepas Diperam, Siapa Sangka Tempoyak Boleh Buat Orang Jadi Individu Paling Gembira Di Dunia

38. Pada waktu malam ada katak masuk ke dalam rumah
Bermakna si pemilik rumah akan mengalami kesulitan wang dalam masa terdekat.

39. Bila ada ular berbisa masuk ke dalam rumah pada waktu malam
Bermakna akan ada halangan yang menimpa si pemilik rumah dalam segala hal.

40. Bila ada ular berbisa masuk ke dalam rumah pada waktu siang
Bermakna dalam masa terdekat di rumah itu akan ada yang meninggal.

41. Bila ada ular tidak berbisa masuk ke dalam rumah pada waktu malam
Bermakna dalam masa terdekat pemilik rumah akan berpindah ke rumah baru.

42. Bila ada ular tidak berbisa masuk ke dalam rumah pada waktu siang
Bermakna si pemilik rumah akan menghadapi banyak masalah dalam soal hutang piutang.

43. Disarankan untuk tidak membunuh ular pada malam Jumaat
Jika dilakukan bermakna orang yang membunuh akan sakit tenat.

44. Seandainya anda atau sesiapa sahaja yang melihat ular besar didepan rumah, lalu ular tersebut hilang begitu saja
Bermakna anda atau sesiapa sahaja yang melihat ular tersebut akan mendapat keselamatan dari segala bahaya seumur hidup.

45. Apabila tubuh kita dihinggapi oleh kupu-kupu
Bermakna akan menerima berita buruk jika hinggapnya tepat pada waktu tengah malam, manakala anda akan segera mendapat jodoh dalam waktu terdekat jika hinggapnya bukan tepat waktu tengah malam (hinggapan pada [email protected])

46. Bila ada kupu-kupu masuk rumah pada waktu malam
Bermakna akan mendapat wang/duit yang tidak terduga dalam masa terdekat.

47. Bila ada kupu-kupu masuk rumah pada waktu siang
Bermakna akan ada orang yang akan datang ke rumah dalam masa terdekat.

48. Bila ada kupu-kupu masuk rumah kemudian mati
Bermakna akan ada kabar yang memberitakan ada ahli keluarga yang akan sakit atau tertimpah musibah.

49. Bila ada cicak jatuh pada tubuh anda
Bermakna akan mengalami pertengkaran dengan ahli keluarga.

50. Jika anda suka membunuh cicak sebaiknya jangan yang sedang berdua-duan/kawin
Bermakna akan mengalami kesulitan dalam soal jodoh.

51. Disarankan untuk memperhatikan bunyi tokek dan menghitung jumlah bunyinya
Bermakna untuk tujuan petunjuk baik atau nasib buruk.

52. Jika ada tikus masuk ke dalam rumah pada malam hari
Bermakna pemilik rumah akan mendapat rezeki besar.

53. Jika bertemu tikus putih di hutan pada malam hari
Bermakna anda akan selamat sampai di tempat tujuan.

54. Terlihat ribuan tikus bermaharajalela di satu tempat tanam padi/ sawah
Bermakna aka nada peristiwa penting yang akan terjadi di dalam negeri, atau peringatan penting bagi para pemilik sawah padi untuk memberi makan orang miskin – KartelDakwah