Pernah Bekerja Sebagai Jurutera, Lelaki Ini Nekad Berhenti Untuk Jual Teh Di Tepi Jalan

Masa kini, ramai yang memilih untuk bekerja dalam apa jua bidang meskipun ia tidak sama dengan apa yang dipelajari ketika alam universiti.

Sama kisahnya dengan seorang jurutera perisian ini yang menjadi tular di media sosial, dek kerana memilih untuk menjual teh, meskipun pernah mendapat gaji yang lumayan sebelum ini.

Lelaki itu nekad menjual the kerana merasakan lebih puas, walaupun sebelum ini mendapat gaji yang banyak ketika menjadi software engineer.

Menerusi catatan yang tertulis pada kedai teh miliknya menyebut;

“”Pada dasarnya, saya adalah seorang Jurutera Perisian. Saya telah bekerja di banyak syarikat seperti Wipro di mana saya mendapat gaji yang baik namun saya tak tenang. Saya selalu mahu berniaga. Setiap hari, secawan teh akan ada di atas meja saya.

“Namun, saya tidak pernah merasai teh yang boleh disebut luar biasa. Saya sentiasa menjadi peminat teh. Saya mahu ada tempat di mana orang boleh menikmati teh yang luar biasa. Itulah sebabnya saya memulakan perniagaan teh dan menjadi ‘jurutera teh'” tulisnya pada nota itu.

Foto berkenaan kini sedang tular di media sosial Twitter.

kredit era

Artikel Berkaitan   Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat Tapi Bersamaan 36 Kali Berzina