Kisah rumah tangga dari surirumah yang menghadapi masalah terlanjur dengan abang iparnya sendiri yang juga merupakan kembar suaminya. Pengadu kini sudah menyesal dan buntu apabila dia disahkan hamil kerana tidak tahu anak siapa yang dikandungkannya itu. Jadikan pengajaran, elakkan perkara sebegini berlaku.
SAYA surirumah, 26 tahun dan suami berusia 40 tahun. Suami ada tiga adik beradik. Tiada masalah dalam rumah tangga saya. Masalah hanya pada diri saya sahaja.
Saya ada perasaan terhadap abang ipar. Tak tahu dan tak faham macam mana perasaan ini boleh tiba-tiba ada.
Saya berkahwin dengan suami dah lapan tahun. Tetapi kenapa sekarang perasaan ini saya rasa? Allah, seksanya. Saya berdosa dan bersalah terhadap suami.
Suami saya seorang yang sangat baik. Bagi saya dia sempurna sebagai seorang lelaki dan suami layan dan sabar dengan saya. Dia beri nafkah zahir dan batin secukupnya.
Nak kata abang ipar ada kelebihan, tak ada. Mereka kembar seiras. Handsome sama, perangai, cara semua lebih kurang sama. Suka tersenyum, ramah, suka menolong. Apa yang saya nak cakap, mentua berjaya didik mereka menjadi suami yang baik.
Pernah sekali suami out station dan suami suruh abang ipar menjaga saya. Dari situlah terjadi sesuatu yang tidak disangka di mana saya dan abang ipar terlanjur. Apabila suami pulang, saya melayan suami seperti biasa.
Dan sekarang saya disahkan hamil. Saya tidak pasti anak di dalam kandungan saya ini anak siapa.
Saya nak minta pendapat yang lebih pakar. Kalaulah anak yang saya kandungkan ini adalah anak abang ipar, adakah anak saya sama DNA dengan suami? Sebab suami dan abangnya bersaudara. Tolonglah saya.
Hubungan kami adik beradik sangat rapat. Baik ipar atau biras. Saya selalu berdoa semoga Allah buang perasaan ini dan ampunkan segala dosa saya. Cukuplah perasaan ini hanya untuk suami. Semoga Allah kuatkan iman saya, pelihara saya untuk jadi isteri yang baik.
Saya terima kecaman sebab saya tahu saya bersalah.
Sumber: Sos Tomato via The Reporter