Bagi yang telah menimang cahaya mata mesti tahu belanja untuk bersalin dan persiapan sebelum kehadiran bayi ini bukan sikit.
Macam-macam nak kena sediakan, paling banyak biasanya kos bersalin terutama kalau memilih melahirkan di hospital swasta. Busuk-busuk VK rasa kena standby RM10k manalah tau berlaku komplikasi.
Simpan hari pertama tahu hamil
Disebabkan perkara inilah bakal ibu wanyzabry membuat persiapan awal. Sejak hari pertama tahu hamil dia dah mula.
Part paling excited belum pun bersalin lagi dia dah berjaya kumpul RM13,600. Jumlah ini dikumpul dalam tempoh enam bulan saja ya.
Preggy mommy boleh ikut cara menabung Wany, tapi buatlah ikut kemampuan ya!
Ada banyak tabung
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lagi rasanya tak duit syiling 20sen duit syiling 50sen!
For those nak tahu apa Wany aim semua wany buat tabung, contoh:
•Bayar muka kereta
•Down payment rumah
•Buka kedai pagi daisy
•Travel
•Shopping (barang-barang branded sikit). Apa yang Wany aim dah cukup barulah Wany realisasikan so that tak payah semua benda hentam loan or kita akan rasa tak terbeban dgn banyak benda.
Ya boleh! Tapi ikut kemampuan
Since sedar diri business ada up and down,so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan).
And now for my baby day 1 Wany tahu Wany preggy, Wany buat tabung rm50 per day, tak campur dgn duit tabung business.
Kadang-kadang daddy masukkan tapi dlm hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result! Alhamdulillah harini keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga!
Sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
OMG! Total menabung 6 bulan RM13,600
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decide guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah mudahan ada rezeki kalau gov pun tak kisah janji selamat).
Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar,harap anak mommy nanti pandai menabung,sikit sikit pun takpe Janji ada nampak hasil.
Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7bulan ni? TOTAL MENABUNG 6 BULAN (RM13,600) omg mommy you did it! Boleh masukkan dalam buku baby.
Banyakkan! Itu kalau mampu simpan RM50 sehari. Kalau tak mampu RM10 pun dah ok, paksa suami join tabung barulah banyak sket hasilnya.
Selamat mencuba!
Sumber: wanyzabry