Petua Berkesan Rawat Penyakit Kencing Manis Dengan Peria Katak & Epal Hijau. Mudah & Jimat!

Bagaimana cara pengambilan Peria Katak Untuk Kencing Manis Yang Terkawal?


Terkenal sebagai petua turun temurun, orang-orang kita zaman dulu selalu gunakan makanan yang pahit-pahit seperti peria katak untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Dalam hal ini, mereka gunakan peria katak untuk kencing manis atau diabetis.

Namun peria katak jika di makan begitu sahaja seperti ulam amatlah uwekk!! pahit nya ya ampunnn tak tahulah sanggup atau tidak lidah dan tekak anda menahannya

Cara hilangkan rasa pahit peria katak
Ada 2 cara yang biasanya saya gunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahit daripada peria katak. Cara yang paling mudah ialah selepas memotong peria katak kepada saiz yang kita suka, rendamkan kepingan peria katak dalam air sejuk selama sejam.

Dengan cara ini ‘jus’ kepahitan peria kata akan mengalir keluar ke dalam air sejuk tersebut.

Salah satu cara yang saya rasa lebih berkesan ialah memotong peria katak kepada kepingan yang nipis-nipis. Kemudian rebuskan kepingan peria katak dalam air garam sehingga mendidih selama 15 minit.

Insyaallah rasa pahit itu akan hilang serta merta

Resepi peria katak yang lazat
OK selepas rasa pahit tu dah berkurangan, boleh lah kita aplikasikan resepi-resepi di bawah supaya khasiat peria katak ini boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Tetapi harus diingat bahawa semakin pahit peria itu, semakin mujarab penawar penyakitnya.. jadi kalau dimasak pahit tu lebih bagus la sebenarnya Peria katak untuk kencing manis lebih berkesan jika dimakan pahit

Resepi 1 – Jus Peria Katak campur Epal
Bahan-bahan (untuk 2 cawan):

2 biji peria katak segar

2 biji epal hijau

1 gelas air

Secubit garam, secukup rasa

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potong dadu dan buangkan biji peria katak. Rendamkan dalam air sejuk untuk kurangkan rasa pahit. Potong epal hijau kepada kepingan memanjang. Hidupkan mesin juicer atau boleh gunakan blender dan kisarkan potongan peria katak bersama epal dan air. Apabila kisaran menjadi halus, tapiskan jus peria katak dan epal menggunakan penapis. Taburkan sedikit garam dalam cawan, kacau dan minun pada waktu malam sebelum tidur.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba – Karteldakwah