Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Agama Muncul Dalam Meletop, Sopan Santun Je Jihan Dengan Nabil Bertanya Soalan

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, umum mengenali rancangan Melet0p merupakan satu program yang banyak menceritakan tentang industri seni hiburan tanah air.

Namun berbeza kali ini kerana buat julung kalinya rancangan bual bicara popular itu menjemput individu yang juga ilmuwan agama yang tidak asing lagi.

Kehadiran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri telah merubah suasana Melet0p yang sebelum ini lebih kepada hiburan industri seni Tanah Air.

Tetamu bukan calang-calang

Aura positif Dr Zulkifli ketika memasuki set Melet0p membuatkan pengacara yang mengendalikan program tersebut, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut bersama-sama menperoleh ilmu yang disampaikan oleh Menteri Agama tersebut.

Topik berkenaan Hijrah telah disampaikan dalam suasana santai dan diselang-seli dengan perbualan daripada pengacara Melet0p.

Mereka juga sempat bermain games ‘jawab cepat’ dengan Menteri Agama dan pastinya soalan berkenaan pasukan bolasepak kegemaran beliau menjadi topik gurauan masing-masing.

 

Kata-kata Dr Zulkilfli kepada Nabil

Pihak Menteri Agama turut telah memuat naik gambar bersama pengacara Melet0p top di media sosial beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjemput ke program tersebut serta sama-sama berkongsi ilmu dengan semua.

” Terima kasih Nabil dan Jihan. h4rap semua seronok dengan Melet0p malam ni. Ingat pesan saya tadi, jangan putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali.

” Ini kerana Nabi sudah berpesan dalam hadith riwayat Ibn Majah, “Orang yang (benar-benar) bertaubat daripada d0sa adalah seperti mereka yang tidak ada d0sa.” tvlis Dr Zulkifli

Bertuah Malaysia dapat Menteri Agama macam ni

Di YouTube Melet0p juga, Nabil dan Jihan telah dipuji kerana mengacar4kan program tersebut dalam keadaan yang santai dan tidak berlebihan.

Artikel Berkaitan   Sesiapa Yang Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Dan Denda

Mereka berh4rap agar suasana tersebut terus dikekalkan agar penonton semua berasa selesa menonton rancangan infomasi seperti itu.

Komen warganet

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberi reaksi positif bukan sahaja kelainan dibawakan pihak Melet0p tetapi juga pujian kepada pengaracanya Nabil dan Jihan.

Ramai ‘bersyukur’ Nabil dan Jihan dapat mengawal d1ri, malah jalan pun tertunduk-tunduk sewaktu menjemput Dr Zulkifli masuk ke set.

” Jihan Nabil auto behave episod kali ni bestt2 haha, nabil ni bab host mmg mantappp…x kisah guest tu org datang dari mana, comfirm dia boleh handle..” komen Abd Halim

” Nabil ni aku perati je, bila jemput agamawan dtg mmg dia raikan betul2 bersungguh2. nampak dekat r1ak wajah muka tu. baguih nabil.” tvlis Anas

” Hebat lah jihan kalo mngacara..mufti tuu..bkn sng nk bersembang yg sopan dan berilmu. Kalini Melet0p paling aq suka…” tvlis Ros

kredit satkoba