Tips Memulakan Perniagaan Menjual Bunga (Florist)
Hobi yang didalami dengan tekun dapat mendatangkan keuntungan. Jika anda pandai mencari peluang, hobi anda berpotensi dijadikan sebuah perniagaan. Antaranya adalah hobi menanam dan menggubah bunga. Membuka kedai bunga atau florist dapat dijadikan suatu perniagaan yang menguntungkan dan mempunyai prospek yang baik.
Sebelum memulakan perniagaan ini, ada baiknya anda memahami enam perkara berikut:
Minat
Ya, anda harus minat dalam membuat gubahan bunga. Memang tidak dapat dinafikan, apabila kita mahu membuka suatu perniagaan kita pasti mahu mencari keuntungan sebanyak mungkin.
Tetapi jika anda membuka perniagaan kedai bunga seboleh-bolehnya janganlah berorientasi keuntungan semata-mata. Anda harus memiliki minat mendalam terhadap bunga serta suka dikelilinginya. Apabila anda berperassan demikian, anda tidak akan merasa tertekan dalam menjalankan perniagaan tersebut.
Mempunyai Kreativiti
Selain memiliki kebolehan menjalankan perniagaan, mengembangkan perniagaan kedai bunga memerlukan daya kreativiti. Bila anda berjiwa kreatif dalam menggubah dan mengharmonikan rangkaian bunga, maka pelanggan akan memilih anda sebagai pilihan istimewa dalam urusan gubahan bunga.
Mempunyai Daya Imajinasi
Mempunyai imajinasi tinggi dalam memadankan koleksi warna-warni bunga. Daya imajinasi dalam mengumpulkan variasi bunga dan mereka gubahan serta komposisi bunga sangat diperlukan dalam memajukan perniagaan ini.
Berjiwa Mesra dan Sopan
Kemesraan layanan pelanggan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam memajukan perniagaan kedai bunga anda. Ini kerana apabila pelanggan dilayan mesra dan ramah maka pelanggan tersebut merasa selesa untuk kembali membeli bunga di tempat anda.
Berpengetahuan Tentang Bunga
Pengetahuna tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bunga amatkah penting, baik dari segi kegunaannya, asal-usul, cara merawat agar ia tumbuh dengan subur dan pelbagai pengetahuan lain.
Anda seharusnya menjadi pakar bagi para pelanggan, sehingga mereka akan menganggap anda sebagai seorang pengusaha kedai bunga yang profesional. Hal ini akan menjadi daya tarikan tersendiri anda terhadap pelanggan. Jadi banyak-banyaklah membaca tentang bunga.
Mempunyai Gerak Hati
Memiliki gerak hati yang membolehkan anda meneka apa yang dikehendaki oleh konsumen adalah penting. Contohnya, seorang pelanggan ingin memberikan hadiah bunga untuk orang yang dia kagumi; anda seharusnya dapat menyarankan jenis bunga yang sesuai berdasarkan ciri-ciri orang yang akan menerima bunga tersebut.
Mengetahui Tema
Bentuk produk perniagaan kedai bunga ada berbagai jenis, misalnya papan bunga sebagai ucapan selamat ataupun ucapan takziah. Florist Vase adalah produk bunga berupa gubahan bunga di dalam pasu.
Selain itu, ada juga jambangan bunga tangan (hand bouquet flower), gubahan bunga yang diikat dalam kertas atau plastik hiasan dan biasanya diberikan untuk kekasih, dan jambangan bunga untuk menghiasi perkuburan.
Untuk memajukan perniagaan kedai bunga, anda boleh menawarkan perkhidmatan mengganti dan menghiasi bunga pada pasu atau hiasan pejabat-pejabat. Anda boleh mencari peluang untuk menawarkan perkhidmatan menghias bunga di majlis-majlis.
Jika anda mempunyai modal lebih, anda boleh mengusahakan sendiri kebun bunga untuk mengembang tanaman koleksi bunga yang anda miliki, serta menyediakan ruang pendingin yang berguna untuk menjaga kesegaran bunga agar tahan lebih lama. Ini kerana satu daripada risiko perniagaan kedai bunga adalah produk yang dijual tidak mampu bertahan lama.
Dengan menyedari risiko tersebut, ada baiknya anda memilih jenis bunga yang mampu tahan lama atau memilih jenis bunga yang dapat diubahsuai sekiranya tidak habis dijual. Contohnya, bunga melati boleh digunakan untuk membuat minyak wangi, olahan bunga matahari untuk produk kesihatan, bunga rozel untuk dijadikan teh dan sebagainya.
Menjadikan hobi sebagai siatu perniagaan mempunyai faedah yang berlipat ganda. Faedah pertama adalah memberikan kesihatan psikologi kepada anda kerana anda dapat memperkembangkan hobi. Kedua, hobi tersebut memberi keuntungan dari segi kewangan bagi anda.
Semoga apa yang kami sampaikan dapat menjadi inspirasi anda untuk berniaga dan menyalurkan hobi dengan betul. Selamat mencuba – Usahawan.com