(Video) ‘Tak perlulah hantar anak ke sekolah, boleh terus hantar ke syurga’ – Sindirian sinis Safwan Sawi disokong netizen

Baru-baru ini tular isu seorang pelajar dirotan guru sehingga meninggalkan kesan pada si pelajar. Akibat tindakan guru tersebut, ibu pelajar tersebut datang ke sekolah dan menyerang guru terbabit.

Semenjak kejadian ini, pelbagai pihak pula menyatakan pandangan masing-masing. Pihak kementerian juga turut mengeluarkan satu garis panduan mengenai hukuman rotan ini.

Jika dulu, rotan tidak menjadi isu dan persoalan kepada ibu bapa. Bahkan jika para pelajar mengadu kepada ibu bapa mereka dirotan atau sebagainya, anak-anak pula dipersalahkan. Sebaliknya, isu rotan pada zaman kini dipandang serius oleh ibu bapa dan guru harus dipersalahkan. Isu ini turut dikupas oleh wartawan viral, Safwan Sawi dan disokong oleh netizen.

“Itu antara luahan, coretan, pandangan dan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak mengenai isu hukuman pelajar ini. Jadi apa yang dapat dirangkumkan ibu bapa dan anak-anak tidak bersalah dalam hal ini, mungkin mereka maksum atau ahli syurga?

“Jadi, bersalah dalam hal ini, yang jahat, yang garang, yang pondan atau apa jua gelaran yang diberikan adalah guru. Jadi tak perlulah hantar anak ke sekolah, boleh terus hantar ke syurga. Benarlah guru ibarat lilin, terbakar, dipijak jiwa raganya. Salah guru, salah pemimpin, salah anak dusta belaka.”

NOSTALGIA vs GENERASI TIK TOK, SALAH SIAPA?

NOSTALGIA vs GENERASI TIK TOK, SALAH SIAPA?"Tuan-tuan datang tengok sendiri, cikgu tegur, cikgu kena marah..tahap sekarang ni murid biadap dengan cikgu..jadi cikgu sekarang ni 'frust' tau" – kata, Amiruddin Sahudi Kumpulan Penggerak Ibu-Bapa Komunit (KPIBK)Pelajar biadap salah siapa?Sungguh berbeza pelajar dahulu dan zaman sekarang kan.?Ikuti laporan khas wartawan, Safwan Sawi, #AbamBotak

Posted by Buletin TV3 on Sunday, 30 June 2019

Rata-rata netizen berterima kasih dengan kupasan yang dibuat oleh Safwan Sawi dan menganggap kupasan itu sedikit sebanyak telah menyokong dan membela nasib guru-guru. Bagi mereka, para pelajar kini tidak seperti pelajar-pelajar dahulu. Biadap, sopan dan kurang ajar antara sikap yang sukar dikikis. Apabila dihukum, ibu bapa mula menyalahkan guru tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan   Bakal bergelar isteri, malam berinai Zahirah Macwilson bertemakan B0llywood


Tuntasnya, ibu bapa perlu bersikap terbuka di dalam isu ini. Bukan hanya terus menunding jari kepada satu pihak, sebaliknya menyiasat secara terperinci setiap isu yang berlaku. Didikan anak-anak pula bukannya seratus peratus pada sekolah, tetapi juga dari ibu bapa.

Biar menangis dihukum, jangan dibiar terus biadap!