
Pokok ara tanah
Pokok ara tanah ini boleh didapati di merata kampung di seluruh Malaysia. Tingginya lebih kurang 10-30 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Juga dikenali sebagai susu nabi, susu kambing, gelang susu, lancang. Pokok ini mudah dikenali kerana pertama ia mempunyai getah berwarna putih, daunnya tumbuh berpasang. Sering digunakan oleh surirumah di kampung-kampung untuk merawat penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.
Untuk tujuan ini biasanya seluruh bahagian pokok termasuk akar direbus dan diminum air rebusannya. Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit. Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air dan ditampal ditempat yang berpenyakit. Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan!
Ara tanah merupakan tanaman yang tumbuh liar yang seringkali kita mengabaikan keadaannya, padahal ara tanah mempunai manfaat yang bagus untuk kesehatan dan membantu pengobatan khususnya secara alamiah.
semoga bermanfaat
Ara tanah merupakan tanaman yang tumbuh liar yang seringkali kita mengabaikan keadaannya, padahal ara tanah mempunai manfaat yang bagus untuk kesehatan dan membantu pengobatan khususnya secara alamiah.
Ara tanah dengan kata lain ialah Rumput Susu Kambing, Gelang Susu, Patikan Kebo, Keremak Susu, Asthma weed (English), Hairy Spurge, Cats hair, Fei-yang ts’ao. Nama saintifiknya ialah Euphorbia hirta. Tanaman ini termasuk kedalam keluarga EUPHORBIACEAE .
Hati – hati dalam mengambil tanaman ini karena beracun yang terdapat dalam getah berwarna putihnya. Tumbuhan ini dalam farmakologi Cina dikatakan mempunyai rasa agak pahit dan masam dan sedikit sejuk (bertoksin). Ia bersifat anti-inflamasi, diuretik (peluruh kencing) dan anti-piretik. Kesan obatnya akan didapat dengan penggunaan seluruh tanaman, segar atau dikeringkan. Ada yang kelihatan hampir serupa dengannya tapi tidak memiliki getah.
Rumput ini sangat popular sebagai obat tradisional bagi penyakit asma/ lelah serta masalah paru-paru. Ia kaya dengan berbagai kandungan kimia yang seperti myricyl alkohol, taraxerol, friedlin, beta amyrin, euforbol, triterperoid,eufol, tirukalol, eufosterol.Selain dari asma, dosis yang tepat sangat berpengaruh terhadap penggunaan tanaman ini.
Pastikan anda mendapatkan informasi dari mereka yang benar-benar berpengalaman sebelum mencobanya. selain itu, jangan ambil di sebarang tempat yang awam.
(1) Digunakan untuk melawan gangguan kulit seperti ketuat (puru) dan luka – daun pertama dibersihkan dan kemudian ditumbuk atau digilap dan kemudian ditambal di kawasan kulit yang terjejas (Daun dibersih, kemudian dilumat / ditumbuk / dikisar da ditampal di bahagian terpesan)
(2) Ia juga berkesan menentang tekanan sakit gout, tekanan darah tinggi dan gout dengan memakan air yang telah direbus dengan semua bahagian tumbuhan ini
Sumber: sahadatmiasil