Polis Wanita Terpaksa Bertugas Jaga Lalu Lintas Sambil Dukung Anaknya Yang Masih Kecil

Tular baru-baru ini seorang polis trafik wanita membawa anaknya berusia 5 bulan untuk bertugas ketika menjaga aliran trafik di jalan raya.Polis Wanita Terpaksa Bertugas Jaga Lalu Lintas Sambil Dukung Anaknya Yang Masih Kecil


Konstabel polis yang dikenali sebagai Priyanka berkenaan mendedahkan pada pagi kejadian, dia terlewat untuk bertugas mengawal aliran trafik yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi, lapor akhbar The Indian Press.

Bawa anak sewaktu bertugas

Mernurut Priyanka, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada orang yang boleh menjaga bayinya di rumah memandangkan suami dan keluarga mentuanya berada di daerah lain.

“Selalunya saya mendapat tugasan di kawasan berhampiran rumah tetapi pada pagi itu, ketua memberi arahan untuk mengawal trafik di persimpangan yang agak jauh.Polis Wanita Terpaksa Bertugas Jaga Lalu Lintas Sambil Dukung Anaknya Yang Masih Kecil


“Saya tidak boleh meninggalkan anak tetapi dalam masa sama, kerjaya saya juga penting. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama,” katanya.

Bangkitkan kemarahan, tuntut pusat jagaan kanak-kanak

Menjengah ke Twitter, rakaman video tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut agar sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibuka secara percuma untuk polis wanita.Polis Wanita Terpaksa Bertugas Jaga Lalu Lintas Sambil Dukung Anaknya Yang Masih Kecil

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal memuat naik kenyataan di Twitter memberitahu bahawa anggota polis itu baru sahaja bekerja selepas cuti bersalin selama enam bulan.

“Pihak kami akan membuat pertimbangan menukar jabatan anggota tersebut jika dia membuat permohonan secara rasmi,” jelasnya.