‘Rahsia’ Pokok Betik Berbuah Lebat Dan Rendah Melalui Kaedah TUT (Marcotting)

Ini Cara Tut Pokok Betik Untuk Dapatkan Hasil Buah Yang Banyak

Betik antara tanaman berbuah yang paling cepat mengeluarkan hasil. Kebiasaannya, betik dibiakkan melalui biji benih. Namun kaedah ini akan memakan masa yang agak lama untuk mencapai peringkat dewasa.

Untuk mendapatkan hasil lebih cepat, di samping memastikan pokok yang terhasil dari baka yang baik, pengamalan pembiakan melalui tut adalah pilihan terbaik.

Namun kebiasaannyA untuk tujuan, tut pokok yang digunakan adalah dari jenis yang beranting atau bercabang banyak dan berbatang keras. Habis, macam mana dengan pokok betik yang ada satu batang utama sahaja?

Untuk proses tut bagi pokok betik, ia tidak banyak perbezaan. Kaedah ini kebiasaan dilakukan pada pokok betik yang sudah tidak produktif lagi. Berikut adalah cara untuk tut pokok betik.

Untuk pokok yang memang telah mempunyai anak pokoknya, proses tut lebih mudah untuk dilakukan segera.

1. Pastikan cabang pokok betik yang hendak ditut telah matang atau mencapai saiz batang lebih dari 1 inci.

2. Buang beberapa batang daun di bahagian bawah dan tinggalkan hanya daun yang masih muda

3. Hiris secara serong pada bahagian batang betik yang berhampiran dengan pangkal tempat anak dan induknya bercantum

Tip: Bagi mengelak sebarang penyakit atau virus yang berpunca dari pisau yang digunakan untuk proses tut, aliskan bawang merah pada pisau sebagai tujuan menyahkuman

4. Senggat bahagian potongan tadi dengan menggunakan kayu atau lidi

5.Letakkan medium tut yang telah diletakkan di dalam plastik

Kalau nak tahu 5 resepi mudah medium tut [klik sini]

6. Ikat ketat medium tut pada batang anak pokok betik yang telah dihiris tadi

7. Setelah tempoh 24-30 hari, anak pokok betik sudah sedia dipisahkan dari induknya. Atau masa terbaik adalah apabila kelihatan akar dari medium tut sudah keperangan.

8. Selepas diasingkan dari induknya, biar anak pokok betik di tempat perlindungan sementara dalam tempoh 2 minggu sebelum ditanam ke tempat kekal

Untuk pokok yang tidak mempunyai cabang anak, ini yang perlu anda lakukan.

Tip: Sebaiknya, untuk penghasilan cabang anak pokok betik pada induk yang matang, pastikan pokok yang dipilih sudah tidak produktif dan kualiti buahnya memang terjamin bagus.

1. Potong keseluruhan bahagian batang yang berdaun dan biarkan getahnya kering sepenuhnya sebelum meletakkan lilin tanaman. Lilin tanaman perlu diletakkan bagi tujuan mengelak bahagian yang dipotong cepat basah dan mudah dijangkiti penyakit

2. Apabila Tunas baru telah matang dan mencapai saiz lebih daripada 1 inci, barulah proses tut seperti di atas boleh dilakukan

Jika anda merancang untuk tanam pokok betik di dalam pasu, boleh cuba teknik ini [klik sini] Untuk tanam betik dalam pasu, Beberapa perkara perlu anda ambil kira. Baru lah betik tak putus berbuah .

sumber: http://www.rak-sukapap.com via Vanillakismis.my

(Visited 85 times, 1 visits today)