Sapa Kata Tanam Kobis Tak Sesuai Kat Rumah? Boleh Buat Dalam Pasu Lagi. Cuba Je Memamg Menjadi

Seronok tengok di media sosial mereka yang menanam kobis dalam pasu. Nampak sihat-sihat dan paling best ia turut mencantikkan halaman.


Kalau anda berminat untuk mencuba boleh ikut langkah-langkah menanam kobis dalam pasu oleh Hariza Amrry.

Langkah 1

Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah.

Langkah 2

Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

Langkah 3

Penyediaan tanah-Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 4

Pindahkan anak semaian-Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.
kobis

Langkah 5

Menanam- Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6

Menyiram- Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7

Pembajaan- Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli (sumber tanomkinotuan.blogspot).

Langkah 8

Penuaian-Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

Sumber: Hariza Amrry