Ramai Lapor Hilang Duit Di Akaun CIMB, Periksa Akaun Anda Sekarang!

Isu pencerobohan sekuriti dalam perbankan bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, sudah banyak kes yang melibatkan kehilangan duit penyimpan meskipun tidak diketahui siapakah yang melakukan transaksi tersebut.

Terbaru, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna laman Twitter (@zikrisbrddn) melaporkan berlakunya beberapa transaksi perbelanjaan misteri di akaun CIMB miliknya yang disyaki telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pengguna tersebut kehilangan hampir RM1000 selepas berlakunya Direct Debit yang tidak pernah dilakukannya olehnya. Sambungnya lagi, dia telah mencuba untuk melaporkan isu ini kepada pihak CIMB namun panggilannya tidak diangkat, membuatkan isu menjadi semakin rumit.

Tweet ini juga mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut mengalami nasib yang sama. Apa yang terjadi kepada CIMB sebenarnya?

Berikut adalah beberapa isu sama yang turut dialami oleh pengguna yang lain:

Apa itu DIRECT DEBIT?

Pihak CIMB Malaysia ada menjelaskan isu ini di laman Twitter milik mereka. Menurut mereka, Direct Debit merujuk kepada transaksi kad debit untuk kedai di luar negara dan pembelian dalam talian (Contoh: Spotify, Netflix).

Sumber : Lobakmerah

Artikel Berkaitan   Sujud bawah terik mentari, lelaki solat atas bumbung buat netizen tersentuh