Ramai Tak Tahu Ikan Paus Sebenarnya Bertanggungjawab Mengekalkan Suhu Bumi, Tapi Banyak Yang Sudah Mati, Ini Kesannya!

Ikan paus merupakan mamalia yang terbesar pernah direkodkan di dunia. Haiwan megah ini merupakan seekor makhluk yang amat indah dan menakjubkan. Baru-baru ini, pakar pengkaji menunjukkan bahawa ia dapat membantu dunia dalam melawan fenomena perubahan iklim dan pemanasan global.


Para pengkaji telah meletakkan harga bagi mengukur sejauh mana kepentingan seekor ikan paus. International Monetary fund (IMF) telah menganggarkan nilai sebanyak USD2 juta untuk seekor paus menjadikan stok ikan paus secara keseluruhannya adalah pada USD1 trillion.

Haiwan mamalia tersebut mempunyai kitaran hidup sepanjang 60 tahun dan boleh menyerap sebanyak 33 tan CO2 dan apabila mereka mati, bangkai akan tenggelam ke dasar laut dan memerangkap CO2 yang mungkin akan dikeluarkan di bawah lautan untuk beratus tahun.

Rutin ikan paus seharian menyumbang kepada pertumbuhan phytoplankton. Phytoplankton adalah hidupan kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop yang hidup di permukaan air. Bayangkan betapa luasnya lautan dan betapabanyaknya bilangan mereka kerana hampir kesemua bahagian lautan lepas mengandungi phytoplankton ini!

Ia menjalankan proses fotosintesis yang menukarkan CO2 kepada oksigen. Walaupun saiznya kecil, oleh kerana bilangannya yang banyak sebenarnya menyumbangkan 50% daripada kandungan oksigen di udara kita.

Pertumbuhan phytoplankton, walaupun 1% adalah bersamaan kepada 2 billion pokok dewasa dlam penyerapan CO2 dari atmosfera.

Populasi ikan paus di dunia sebenarnya berada pada keadaan yang berisiko – hal ini menyumbang kepada iklim sedunia. Aktiviti memeburu paus secara komersial sebenarnya telah diharamkan sejak tahun 1986. Namun terdapat 3 negara yang enggan akur dan masih menjalankan aktiviti tersebut, iaitu, Jepun, Iceland dan Norway.

Hampir 1000 ekor ikan paus diburu setiap tahun. Mereka juga terancam dengan pelanggaran dengan kapal, jaring ikan dan pencemaran plastik di lautan.

Sudah tiba masanya kita sedar kepentingan ikan paus dalam ekosistem kita dan lautan secara umunya. Lebih 70% daripada permukaan bumi ini adalah lautan. Walaupun ia mengandungi lebih banyak misteri yang belum dapat kita terokai, kita perlu menjaganya demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sumber: World Economic Forum