Rasa Diganggu Angkara Terkena Sihir, Amalkan Alternatif Air Kelapa. Insyaallah Ikut Cara Ini!

Terkena sihir, dengar sajapun kita sudah merasa gerun. Perbuatan yang tidak mengira zaman ini sebenarnya lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan. Ianya juga menjuruskan pengamalnya kepada syirik.


Amat berat seseorang jika terkena sihir. Hinggakan membawa kepada penderit4an bertahun-tahun bahkan ada yang menderita sehingga ke akhir hayat. Jadi sila ambil berat jika anda terkena sihir.

Mereka yang terkena santau atau sihir akan mendapat kesan sakit kronik seperti kerosakkan buah pinggang, jantung, hati, ketumbuhan atau kanser. Racun-racun akibat dari perbuatan itu akan keluar melalui muntah atau najis. Jadi bagaimanakah kita tidak mahu masalah itu memberi kesan kepada tubuh badan kita.

MINUMLAH AIR KELAPA JIKA MERASA TERKENA SIHIR

Sekiranya anda merasakan seperti diri disihir, minumlah air kelapa dan lakukan cara ini untuk membuangnya.

Air kelapa sebagai penawar s4ntau dan sihir

Perkara ini dikongsikan oleh Ustaz Norazri Medzlan iaitu Pengasas Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur. Ada lagi kaedah lain yang telah dikongsikan oleh beliau. Mari kita ambil tahu kaedah ini.

CARA MEMBUANG

Santau adalah sejenis sihir yang memberi kesan kesakitan yang teruk kepada tubuh badan. Antaranya adalah batuk berterusan, muntah darah, ketumbuhan dan berbagai-bagai.

Jadi bagaimana cara untuk mematikan racun santau atau sihir tersebut dengan air kelapa?

CARA YANG MUDAH

Minum air kelapa muda pada jam antara 12 tengahari hingga 1 petang. Jangan dicampurkan dengan air batu atau gula. Senang cakap, air yang original tanpa campur apa-apa. Sebaiknya minum terus dari buah kelapa tu juga tanpa perlu menggunakan cawan atau straw.

Sihir wujud sejak dari zaman dahulu kala dan masih relevan hingga ke hari ini

PERLU BACAAN?

Sebelum meminum air kelapa, anda hendaklah membaca surah Al-Fatihah hanya sekali dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3 kali. Kemudian berdoa kepada yang maha kuasa. Doa tidak ditetapkan bacaannya. Bacalah mengikut kemampuan dan pengetahuan anda.

CONTOH

“Ya Allah, jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun serta segala gangguan jin dan syaitan”.

CARA MINUM

Minumlah secara perlahan-lahan diselangi dengan selawat ke atas Nabi sehingga habis.

Insya Allah dengan izinnya jika ditubuh kita mempunyai racun daripada santau atau sihir, akan keluarlah muntah lendir seperti air liur tetapi bentuknya berbuih-buih. Itulah bisa akibat santau yang ada dalam tubuh mangsa.

Mangsa sihir boleh menderita seumur hidup

JANGKAMASA RAWATAN

Amalkan meminum air kelapa muda itu 2 kali dalam seminggu. Mudah-mudahan racun santau dan sihir tidak dapat memberikan kesan pada tubuh kita, Insya Allah.

Bagi yang ingin menggunakan kaedah tersebut boleh PM ustaz di facebooknya denga menulis “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti ustaz akan ijazahkan kepada anda.

MOHON IJAZAH KLIK DI SINI

Ingat! Ini hanyalah salah satu cara kita berikhtiar bagi merawat segala penyakit kita dalam tubuh badan kita. Pastikan jaga i’tikad kita, kebergantungan kita hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah sahaja yang menyembuhkan.

“Wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona’uu, innamaa shona’uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa”

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat atau membantu mereka yang terkena sihir dan memerlukan. Jika anda merasakan anda terkena, jangan ragu-ragu. Lakukan apa yang anda rasa perlu kerana hal ini tidak boleh dipandang remeh.

Kadang-kadang kita merasakan seolah-olah benda seperti ini karut dan tidak masuk akal. Namun anda harus ingat, berapa ramai di kalangan kita telah terkena sihir samada secara langsung atau tidak. Pokoknya kita hendaklah berikhtiar selain daripada berdoa. Wallahu a’lam.

Sila LIKE dan SHARE jika anda ingin sama-sama membantu.

Lawati juga facebook kami di Suka Viral.