Rasa sama macam lemang buluh, Resepi Terbaru Lemang Cawan Padu..

LEMANG CAWAN


Bahan-bahan:
* 5 cawan beras pulut
* 1 Kotak kecil Santan kotak
* 2 sudu kecil garam
* Air secukupnya
* Daun pisang secukupnya
* Cawan kertas/cawan getah

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut terlebih dahulu dalam 1 jam.
2. Toskan air rendaman beras pulut
3. Masukkan santan dalam bekas, campurkan dengan sedikit air dan Garam. Gaul sampai sebati. Ketepikan.
4. Ambil cawan, masukkan daun pisang kedalam cawan. Gunting daun pisang mengikut besar/aras cawan.
5. Kemudian masukkan beras pulut setengah aras cawan diikuti dengan air santan tadi – Air Santan Jangan banyak sangat, takut nasi pulut terlalu lembik. (sukatan dalam 3 Sudu besar sahaja)
6. Kukus pulut cawan hingga masak. Siap.

Selamat mencuba

Kredit: Linda_muja