Rasa Unik Lain Dari Lain-Jom Cuba Resipi Pesto Pasta Yang Pasti Memikat Selera

Pesto pasta merupakan hidangan pasta yang dicampur dengan sos pesto. Sos pesto pula adalah sos hijau yang merupakan campuran daun basil, bawang putih, kacang gajus, keju parmesan, garam, lada hitam dan minyak zaitun yang dikisar halus.

Jika tidak mahu gunakan bahan sayuran hijau yang segar, boleh sahaja gunakan sos segera yang ada dijual di pasar raya. Untuk jenis pasta pula, anda boleh menggunakan apa jua jenis pasta yang disukai seperti spiral, penne, macaroni atau fettucini.

Oleh itu, kalau dah bosan asyik masak spageti bolognese atau spageti carbonara, kali ini apa kata kita tukar selera dengan mencuba pesto pasta. Ikuti saja resipi perkongsian oleh Nurha Muhammad di bawah.

RESIPI PES PESTO PASTA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan daun basil @ selasih
  • 6 biji bawang putih
  • 1/2 cawan kacang gajus
  • 1/4 cawan keju parmesan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 150ml @ 10 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam food processor atau blender kering. Kisar semua bahan sehingga halus, tak perlu tambah air.

pesto pasta

2. Kemudian simpan di dalam bekas dan ketepikan seketika.

pesto pasta

CARA PENYEDIAAN PESTO PASTA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan pasta pilihan (Contoh: spiral, penne, macaroni, fettucini)
  • Olive oil
  • Bawang putih cincang
  • Isi ayam- perap dengan sedikit garam & blackpeper.
  • Capsicum
  • Tomato ceri
  • Carrot & brokoli (rebus terlebih dahulu, kemudian masukkan dalam bekas berisi air berais dan tos)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Daun basil segar (hiasan)
  • Parmesan cheese (hiasan)

Cara-cara:

1. Didihkan air, masukkan 1 sudu garam dan rebus pasta sehingga lembut. Bila dah lembut, toskan. (tempoh masa lihat pada peket pasta)

2. Dalam kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga sedikit garing.

3. Kemudian, masukkan capsicum, tomato ceri, brokoli, carrot dan sedikit air rebusan pasta.

4. Seterusnya, masukkan pula pes pesto dan kacau rata. Perasakan dengan sedikit garam dan blackpeper.

pesto pasta

5. Akhir sekali, masukkan pasta dan kacau hingga sebati.

6. Hidangkan bersama daun basil segar dan parmesan cheese. Selamat mencuba!

pesto pasta

Kredit: Nurha Muhammad