Redakan Rasa Panas Dengan Minum Air Lai Chi Kang

Air Lai Chi Kang sangat sesuai minum ketika musim panas kerana bahan-bahan yang ada dapat menyejukkan badan.


AIR LAI CHI KANG

BAHAN-BAHAN

  • Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
  • Katira (rendam 3 jam)
  • Longan kering (rendam kejap 5 minit )
  • Biji selasih (rendam 5 minit)
  • Kacang tanah (sangai)
  • Buah laici
  • Buah kundur kering
  • Barli (rebus dulu)
  • Cincau
  • Buah Lo Han Ko
  • Kurma merah cina
  • Daun pandan
  • Gula batu

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan Buah Lo Han Ko
  2. Bila sudah menggelegak masukan kurma merah cina dan longan kering. Biarkan seketika.
  3. Kemudian siap, senduk letak dalam jag/mangkuk. Isikan bahan-bahan lain bila hendak minum sejuk letakkan ais.

Kredit: Aida Surieyani Othman