Dulu nak bakar ayam jer kena guna alat pemanggang, kini mudah pakai elektrik sahaja guna Air Fyer cepat dan sedap. Kepada yang tak pernah ada resepi bakar ayam guna air fryer boleh cuba resepi ni mana tahukan anak – anak nak makan ayam bakar boleh terus buat, mudah dan cepat tak perlu pakai dapur gas, elektrik sahaja.
Bahan-Bahan Ayam Bakar Guna Air Fryer:
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Bawang putih 4 ulas
Halia
Rempah kari 1 sudu
Madu 3 sudu
Minyak masak 2 sudu
Serbuk lada hitam setengah sudu
Kicap 2 sudu
Secukup rasa ½ sudu
Cara-Caranya
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa, kemudian masukkan bahan-bahan lain di atas. Perap lagi lama lagi sedap. Saya kelar² sikit ayam tu.
3. Bakar 180’c selama 20 minit, kemudian balikkan bakar 15 minit lagi. Kemudian sy terbalik lagi bakar dalam 5 minit. Tengok atas besar ayam.
4. Air yang bawah tapis air fryer tu boleh siram atas ayam bila dah masak. Lagi nmpk juicy.
Kredit: Munira Ali Via Rahsia Rumah Tangga