Resepi Ayam Pandan Madu Padu, Tekstur Dia Memang Lembut, Sekali Cari Allah Rasa Madu

  • Ayam secukupnya dipotong kecil
  •  1/2 sudu teh garam
  •  1/2 sudu teh madu
  •  1 sudu besar cili boh/cili giling/cili kisar
  •  Daun pandan secukupnya – dicarik
  •  Lidi secukupnya
  •  Minyak untuk menggoreng

Bahan Perapan

  •  2 batang serai
  •  1 inci halia
  •  1 inci lengkuas
  •  1 biji bawang besar
  •  1 inci kunyit hidup (atau gantikan dgn serbuk kunyit)
  •  2 ulas bawang putih
  •  1/2 sudu teh ketumbar (leh lebihkan kalo suka)
  •  1/2 sudu teh jintan manis (leh lebihkan kalo suka)
  1. Kisar semua bahan perapan.
  2. Gaul pada ayam dan tambah garam, cili kisar dan madu
  3. Perapkan selama sejam atau lebih
  4. Kemudian, lilitkan daun pandan dengann kemas
  5. Cucukkan dengann lidi untuk elakkan daun terbuka
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  7. Goreng dengan api yang sederhana hingga garing.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Kredit : dari dapur Nuanza

Artikel Berkaitan   Dah Lama Tak Buat Kerabu Ayam, Ingat Nak Buat Sebab Dah Lama Tak Makan