Resepi Blueberry Cheese Cake, Kos Bajet Tak Sampai RM30

Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi blueberry cheese cake. Paling menarik kek itu sedap tapi dibuat dengan bajet tak sampai RM30 pun. Kalau beli di kedai, tentu harganya lebih mahal daripada ni. Jadi bagi korang yang nak makan kek keju dengan harga bajet, boleh try buat sendiri. Tak lawa tak pe, yang penting dapat makan seisi keluarga.


Kek Blueberry Cheese


Bahan Lapisan Bawah

8 keping biskut pencernaan (hancurnya guna lesung batu)
2 sudu besar mentega (dicairkan)
Cara Membuat Lapisan Bawah

Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.
Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.
Gaul sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan.

Bahan Cheese

250 gram krim keju tatura
2 sudu besar gula halus
2 biji telur ayam
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Jem blueberi secukupnya

Cara Membuat Cheese

Campurkan cream cheese dan gula halus. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur ayam. Putar lagi.
Masukkan jus lemon. Putar lagi.
Masukkan pula tepung gandum. Gaul rata.
Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit.
Selepas masak, biarkan sejuk dan letak jem blueberi di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!