Resepi Kuih Gula Melaka, Memang Tak Akan Jemu Bila Makan

Bahan-bahan kuih

  •  500 gm pulut
  •  1 sudu makan air kapur
  •  6 helai daun pandan – kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya
  •  Sedikit pewarna hijau – masukkan kedalam pati pandan
  •  Sedikit garam – masukkan ke dalam pati pandan
  •  Air secukupnya
  •  Daun pisang yang lebar
  •  Tali – untuk mengikat
  •  1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam

Bahan air gula melaka

  •  300 gm gula melaka
  •  250ml air – tambah jika perlu
  •  1/2 tsp tepung beras/gandum – untuk memekat

Cara Penyediaan Kuih

  1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.
  2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.
  3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.
  4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa.
  5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
  6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.
  7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.
  8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.
  9. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.
  10. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.
  11. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.
  12. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.
  13. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.
  14. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.
  15. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Cara Penyediaan Air Gula Melaka

  1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.
  2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.
  3. Masukkan semula kedalam periuk
  4. Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.
  5. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Sumber : FB Resepi Kuih Tradisi & Moden

(Visited 164 times, 1 visits today)