Resipi Apam Lenggang Pasar Malam Yang Paling Sedap

Kalau ke pasar malam, suka beli Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zainab Ibrahim yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!


 

RESIPI APAM LENGGANG PASAR MALAM HOMEMADE. MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur gred A @ 2 biji telur gred C
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu yis kering
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan air dan nasi sejuk. Kisar sampai halus.

2. Kemudian masukkan gula, tepung gandum, tepung beras, telur, santan pekat, minyak masak, yis kering dan garam.

3. Kisar semua bahan dan biarkan selama 1 jam.

4. Bila adunan telah naik, bolehlah mula melenggang dalam kuali.

5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zainab Ibrahim