Resipi Dihalalkan Boleh Buat Niaga-Popia Ayam Kentang Laku Keras

Sebut tentang popia goreng, memang ramai penggemarnya. Manakan tidak, intinya yang pelbagai dengan kulit popia yang digoreng rangup membuatkan kita makan tak cukup satu. Dapat pula dicicah sos pedas manis, memang padu.


Kali ini, Rusmiyati Mudin sudi berkongsi resipi air tangannya dalam menghasilkan popia ayam kentang yang dijadikan jualan suatu ketika dahulu. Menurutnya lagi, dia sudi berkongsi resipi dan menghalalkannya kepada sesiapa yang ingin mencuba.

Dah terbayang keenakan popia ini, dengan gabungan rasa inti ayam dan kentangnya. Ditambah pula dengan sos pencicahnya yang ada rasa pedas, manis dan masam. Apa tunggu lagi? Jom kita buat.

(INTI)

BAHAN-BAHAN:

Bawang merah

Bawang putih

Lada sulah

Serbuk perasa Ajinomoto

Ayam (dipotong dadu atau memanjang saiz besar)

Kentang

Kulit popia – Boleh beli online di sini

Daun sup

Sayur campur

CARA MEMASAK:

Kisarkan bawang merah, bawang putih dan lada sulah. Bawang merah perlu dilebihkan daripada bawang putih.

Ketika menumis, terus masukkan garam, gula dan serbuk perasa Ajinomoto.

Tumis sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam yang dipotong dadu atau memanjang dalam saiz yang besar supaya tidak mudah hancur.

Setelah itu, masukkan kentang dan sayur campur bersama air.

Masak sehingga kentang empuk dan lembut.

(POPIA)

Letakkan inti ke atas kulit popia dan gulung kemas.

Panaskan minyak dan bolehlah popia digoreng sehingga kuning keemasan.

(SOS)

BAHAN-BAHAN:

Sos Econsave (*saya pakai sos ini sebab pedas)

Sedikit sos Jiwanis

Sedikit cuka

Gula

Garam

Cili api (ditumbuk)

Bawang putih (ditumbuk)

Air

CARA MEMASAK:

Tumbukkan cili api dan bawang putih.

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga kuah sos pekat. Sedap, ada rasa pedas, masam dan manisnya.

Popia sedia dihidangkan dengan sos pencicah.

Sedap! Cicah sos pekat.

Selamat mencuba. Saya halalkan resipi ini.

Kredit: Rusmiyati Mudin