Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan

Sedapnya Jeli Kelapa Muda ni. Manis, lembut dan sejuk membuatkan manisan ini sangat enak dimakan dikala cuaca panas. Cara membuatnya pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah ditemui. Nak cuba? Saudari Zuria Zubir ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI JELI KELAPA MUDA SEDAP

BAHAN-BAHAN:

7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
1 jug besar air kelapa
8 cawan air
2 cawan gula
1 paket serbuk jeli kelapa – beli online DISINI
3 helai daun pandan


CARA MEMASAK:

1. Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.


2. Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.


3. Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.


4. Masukkan juga daun pandan.


5. Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.


6. Tuangkan campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.


7. Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk menikmati.

Kredit resipi & foto: Zuria Zubir