Resipi Mushroom Gravy Simple Tapi Sedap

Sos cendawan atau mushroom gravy adalah sos masakan Barat yang paling terkenal selepas sos black pepper. Sos ini sangat sesuai dipadankan dengan masakan seperti steak, lamb chop, chicken chop dan bermacam-macam lagi.


Sos cendawan homemade ini akan dimasak dalam 3 peringkat, pertamanya kita buat kuah berperisa cendawan, kedua kita buat pemekat dengan menggunakan tepung dan mentega. Akhir sekali, kita gabungkan keduanya untuk menghasilkan sos.

Untuk mengetahui bahan-bahan dan cara penyediaannya yang lengkap, mari kita ikuti resipi oleh seorang pengguna Twitter bernama Mei.

RESEPI MUSHROOM GRAVY

Bahan-bahan:

  • Cendawan butang/cendawan shitake/mana-mana cendawan disukai
  • Minyak zaitun
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Bawang putih yang dicincang
  • 2-3 sudu besar butte
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1-2 sudu besar soy sauce
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Rosemary segar
  • 1 cawan air panas

Cara-cara:

1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali. Tumis cendawan bersama garam dan lada hitam hingga perang.

2. Masukkan bawang putih, kacau sebati dan ketepikan.

3. Dalam kuali lain, cairkan butter dan masukkan tepung. Kacau sehingga menggelagak.

4. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit beserta rosemary segar, soy sauce dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.

5. Bila dah tak berketul, ubah suai mengikut kepekatan yang disukai.

6. Akhir sekali, boleh masukkan cendawan tadi. Gaul rata dan sedia untuk dituangkan ke atas kambing bakar, ayam bakar dan sebagainya. Selamat mencuba!

mushroom gravy

Kredit: Twitter @prettylupins