Jom cuba buat Kepak Ayam Lemon Pepper ini. Resipi ini fyp di laman Tiktok hingga mencecah lebih 400K tontonan tau!
Ini kalau makan panas- panas, berebut jugalah dengan anak-anak nanti. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.
Paling best, untuk cuba resipi ini, hanya gunakan bahagian kepak sahaja kesemuanya. Senang nak bahagikan dan rasa pun lebih sedap! Dan paling penting kita tak bakar, tapi kita goreng dalam kuali!
Ikuti resipi dari perkongsian @hazwancooks yang mudah dan simple ini. Senang je bahan yang digunakan untuk buat kepak ayam lemon pepper.
RESIPI KEPAK AYAM LEMON PEPPER
Bahan-bahan:
- Kepak ayam (400g – 9 ketul)
- 1/4 sudu kecil
- 1 sudu serbuk cili
- 1 sudu seasoning Lemon Pepper
- 1 cawan tepung jagung
Bahan Sos:
- 3 sudu mentega
- 3/4 sudu perasa LP
- 1/2 sudu jus lemon
- 2 sudu madu (kalau tak cukup, adjust dengan gula)
- Daun Parsely – hiasan
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, perasakan kepak ayam dengan garam, serbuk cili, lemon pepper seasoning, tepung jagung, dan baking soda. Gaul sebati.
2. Panaskan kuali. Kemudian, deep fry kepak ayam kira-kira 8 minit. Angkat dan rehatkan sekejap ayamnya
3. Kemudian, deep fry sekali lagi selama 8 minit juga. Bila mengoreng dua kali, kulit ayam itu akan jadi lebih rangup tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.
4. Untuk bahan sos pula, cairkan butter dan tambah lemon pepper seasoning dan madu. Kacau sebati dan sosnya siap.
5. Gaul sos tadi bersama kepak ayam yang sudah digoreng. Hiaskan dengan daun parsley.
6. Sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba resipi ini.