Risau Daun Bawang & Daun Sup Cepat Rosak? Ini Cara Penyimpanan Yang Betul, Confirm Menjadi!

Kebiasaannya kalau kita beli sayur, mesti dalam 3-4 hari sekejap je sayur tu dah layu dan lama-lama ia menjadi lembik atau pun kering. Bila dah jadi macam tu, nak masak pun dah tak sedap sebab dah tak segar kan?


Jadi, jom cuba tips mudah nak simpan daun bawang dan daun sup supaya tahan lebih lama hanya menggunakan plastik aiskrim.


1. Cuci Bersih Dan Buang Akar Daun

Sebelum nak simpan daun bawang dan daun sup, cara pertamanya adalah dengan mencuci daun-daun tersebut dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran dan potong lalu buang akar daun tersebut.

2. Sediakan Plastik Aiskrim

Selepas mencuci bersih dan buang akar daun tersebut, masukkan daun di dalam plastik aiskrim. Boleh di beli di kedai-kedai runcit yang berdekatan.


3. Masukkan Air Dan Ikat Plastik Ketat-Ketat

Masukkan air ke dalam plastik tersebut sehingga daun-daun itu tenggelam dan ikat plastik tersebut dengan ketat untuk mengelakkan udara daripada keluar dan mengekalkan daun sentiasa segar.

4. Masukkan Di Dalam Peti Ais

Selepas selesai ikat, masukkan plastik tersebut kedalam peti ais masukkan di bahagian sayur. Supaya suhu tersebut sesuai dengan sayur dan tidak menjadikan sayur itu mudah lay atau rosak. Selamat mencuba!

Sumber: Intan Nursyazana Via Myresipi