Sagu Gula Melaka Lembut & Sedap

Sagu Gula Melaka ni jika makan sejuk-sejuk memang sangat sedap. Manisan ini memang popular dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buatnya pun tidak sukar. Bahan-bahan sangat ringkas dan mudah didapati. Terasa nak makan Sagu Gula Melaka petang ni? Saudari Izzaty Azhar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!


RESIPI SAGU GULA MELAKA SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Sagu
1-2 buku gula melaka
2-3 cawan air
Daun pandan
Susu cair

CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan likat. Tutup api dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan periuk berlainan, didihkan air dan masukkan sagu. Kacau selalu supaya bahagian bawah tidak melekat. Kalau tak cukup air boleh tambah, air ni tiada sukatan, lebih pun tidak mengapa kerana nanti sagu akan ditapis.

3. Kacau sagu hingga menjadi jernih. Kemudian tapis, bilas dan buang lebihan air.

4. Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam air gula melaka yang telah dimasak tadi. Kacau sampai sagu dan gula melaka sebati.

5. Masukkan campuran sagu ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais. Jika suka, boleh dinikmati suam tanpa susu cair pun sedap.

6. Bila sagu sudah sejuk, boleh hidangkan bersama susu cair. Jika gaul bersama kelapa parut pun boleh. Nikmati sesuai cita rasa dan selera.

Kredit resipi & foto: Izzaty Azhar