Satu Keluarga Tidak Nak Masuk Lif Bila Nampak Pemuda Berjanggut Dan Disangka Geng Tabligh

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa 18 Mac hingga 31 Mac, semua pihak mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan berada di rumah dan menetapkan jarak sosial atau social distancing akibat penularan wab4k COVlD-l9 di Malaysia.


Sehingga hari ini, kes yang disahkan sudah melepasi paras 1000 orang dan daripada jumlah itu, ratusan kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seorang pemuda berkongsi pengalamannya mengenai social distancing, terutama dengan penampilannya yang berjanggut yang diandaikannya seperti segelintir peserta tabligh.

” Tadi kat lif ada satu keluarga tak nak masuk bila nampak aku kat dalam. Mungkin sebab ingat aku geng tabligh (janggut).

” Nak bayar kat kedai pun uncle tu suruh letak duit atas meja saja,” demikian perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Faisal Rahim di laman Twitter.

Susulan perkongsiannya, seorang netizen turut berkongsi pengalamannya semasa menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing dalam mengambil langkah berjaga-jaga.

” Munasabahlah ketakotan tu, aku dulu bawa Grab. Orang batuk aku buka tingkap, dia punya serba salah sampai tahan batuk, terus batuk dalam perut dah aku dengar bunyi macam dengung idgham,” katanya.

Bersetuju dengan pandangan tersebut, Faisal Rahim bagaimanapun awal-awal lagi dapat menjangkakan situasi yang telah dihadapinya itu.

” Memang dijangkakan pun. Lagipun masa tu pakai kopiah dan seluar singkat,” katanya.

Malah, ada yang berpendapat keadaan tersebut bukan disebabkan dia kelihatan seperti ahli jemaah tabligh, tetapi satu amalan social distancing.

” Kat kedai runcit tu, dua pelanggan depan saya bayar macam biasa, sampai giliran saya dia buat macam tu.

” Kat lif tu memang saya seorang dalam tu, mereka tak nak masuk… terasa saya,” katanya secara berseloroh.

Melihat dari sudut yang positif, Faisal memahami keadaan tersebut berlaku kerana kebimbangan orang ramai terhadap penularan wab4k COVlD-l9.

“Masa kes COVlD-l9 awal-awal dulu, kita pun ada rasa macam tu sebab risau berj4ngkit. Memang expected benda ni,” katanya.

Kelihatan garisan kuning pada jarak satu meter bagi setiap pelanggan ketika berada di kaunter bayaran sebagai salah satu langkah menangani penularan COVlD-l9. Foto Bernama

Seorang lagi netizen berkongsi pandangan agar semua pihak bersangka baik dan bersabar dalam menghadapi situasi semasa yang melanda dunia akibat COVlD-l9.

” Kalau kita bersangka balik, tak ada hal. Kalau kita ungkit, pasti ada isu. Walau bagaimanapun, I feel you brother. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman,” katanya.

Faisal mengulangi pendiriannya dengan menegaskan apa yang dialaminya itu tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya memahami keprihatinan masyarakat untuk mencegah jangk1tan virvs.

” Sebenarnya tak ada masalah pun. Semua jaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Cuma rasa lucu sikitlah sebab jarang kena macam tu,” katanya.

P/s: Gambar ‘featured’ di atas adalah sekadar hiasan.

Sumber : MalaysiaUnited