‘Saya Dah Cakap Jangan Cium Anak Saya, Sekarang Dah Kena Virus” Bayi 6 Bulan Hampir Buta Gara-Gara Dicium

Seorang ibu telah memuat naik gambar-gambar anak perempuannya terkena jangkitan virus herpes selepas dicium oleh kenalannya, sebagai peringatan dan kesedaran kepada orang ramai.

Virus tersebut boleh ditularkan dengan hanya satu ciuman dan Oarlah yang baru berusia enam bulan turut menjadi mangsa.

Difahamkan, kes tersebut berlaku pada tahun lalu dan dimuat naik semula untuk memberi peringatan kepada orang ramai.

Hollie, 21, sangat terkejut apabila mendapati anaknya menghidap penyakit herpes yang boleh menyebabkan selesema dan buta. Sedangkan Hollie sebelum ini ada memberitahu ahli keluarga dan kenalannya untuk tidan mencium Oarlah yang baru lahir.

Melihat keadaan Oarlah semakin teruk dengan banyak bintik-bintik di bahagian kepala dan muka, Hollie segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dah cuba melindungi dia tetapi dia masih dijangkiti virus itu. Masa saya mengandung, saya pernah terbaca di Facebook seorang ibu yang bayinya terkena jangkitan virus itu selepas dicium oleh ahli keluargannya.

“Orang ingat saya paranoid apabila saya memaklumkan kepada mereka untuk tidak mencium Oarlah yang baru saja dilahirkan.

“Tapi ada yang kata saya masih mentah dan terlalu berhati-hati sebab baru pertama kali menjadi ibu. Tapi saya peduli apa?

“Malah saya tak benarkan ibu saya sendiri mencium Oarlah. Saya sendiri pun hanya cium kaki, geletek perutnya dan tidak pernah mencium mukanya,” katanya.

Sehingga Oarlah berusia enam bulan, wajah Oarlah dipenuhi dengan bintik-bintik. Oarlah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Oarlah dijangkiti virus herpes.

“Kami dah cuba untuk melindungi dia, saya bagai tak percaya ia masih boleh berlaku. Mukanya kemerahan. Puas kami cuba fikirkan, siapa yang mencium dia tetapi doktor beritahu, virus itu juga boleh berjangkit melalui sentuhan,” katanya.

Artikel Berkaitan   Tengah Berehat, Abang Datang Tumbuk Wanita Ini Berkali-Kali Gara-Gara Dituduh Selalu Main Suis

Oarlah kemudian diberi ubat anti viral dan melawan virus itu. Bintik-bintik itu juga masuk ke mata kirinya.

“Saya takut melihat keadaan dia. Saya tahu dia boleh jadi buta disebabkan virus itu. Doktor letak pewarna kuning di matanya,” katanya.

24 jam kemudian, bengkak di wajahnya menyusut dan virus itu juga tidak menjejaskan penglihatannya.

Selepas empat minggu kemudian bintik-bintik itu semua hilang sepenuhnya.

Sehingga kini, Hollie masih tidak membenarkan sesiapa untuk mencium anaknya.

“Dia telah pulih sepenuhnya dan kini berusia 15 bulan,” katanya.

Sumber: Mirror