Tak Dapat Nak Elak Sebab Kena Pergi Kenduri Kahwin Sekarang, Ini Yang Perlu Diamalkan Supaya Tidak Terkena Jangkitan

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, pasti ramai pasangan yang akan mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan mereka.

Tidak terkecuali untuk cuti sekolah untuk kali ini yang sudahpun bermula pada 13 Mac (Johor, Kelantan Terengganu dan Kedah) diikuti negera lain, 16 Mac sehingga 21 Mac 2020.

Namun pasti timbulan kegusaran di hati ramai tuan rumah dan tetamu yang akan mengadakan majlis kahwin pada kali ini memandangkan seluruh dunia sedang menghadapi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Memetik infogragik yang dikeluakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, dibawah kami senaraikan beberapa langkah dan garis panduan buat tetamu dan hadirin yang akan menhadiri sebarang majlis keramaian

Tanggungjawab/ Tindakan Sebagai tuan rumah :

  1. Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tetamu sebaliknya digantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri
  2. Mereka yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu
  3. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer
  4. Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun
  5. Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer buat para tetamu.

Tanggungjawab/ Tindakan Sebagai Tetamu :

  1. Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tuan rumah dan tetamu sebaliknya digantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri
  2. Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun
  3. Mereka yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan orang lain
  4. Sekiranya bergejala kenakan topeng muka sewaktu menghadiri majlis atau sebaiknya tidak menghadiri majlis tersebut.

PANDUAN PENGANJURAN ATAU MENGHADIRI MAJLIS / KENDURI KAHWINCuti sekolah dah nak mula. Kenduri pun mesti banyak kan….

Posted by Jabatan Kesihatan Negeri Kedah – #maipakatsihat on Rabu, 11 Mac 2020

Pada pendapat kami tidak kiralah sama ada anda adalah tuan rumah atau pun tetamu, sekiranya bergejala kenakan mask peling muka demi mengelakkan penularan wabak.

Artikel Berkaitan   Anak Tidak Mendengar Kata Masa PKP, Ini Sebenarnya Punca Yang Anda Perlu Tahu

Pastikan juga anda batuk atau bersih pada tisu atau tutup menggunakan siku kemudian membuat tisu berkenaan kedalam tong sampah tertutup.

Sumber Foto: Dailymail