“Sedih Kak.. 7 Bulan Dia Main Sorg2. Bila Dia Penat Nangis Dia Tertidur, Bila Org Datang, Dia Hisap2 Tangan Orang, Mungkin Rindu Nak Susu Badan Ibu Nya”

Bayi 7 Bulan Sebatang Kara Di Hospital, Ibu Anak merupakan amanah paling berharga yang telah dikurniakan Allah SWT. Tidak semua diberikan rezeki menimang cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. Oleh itu, pasangan seharusnya menjaga zuriat sebaik mungkin dan mendidik mereka menjadi insan berguna.


Namun lain pula kisahnya apabila seorang bayi 7 bulan ditinggalkan sebatang kara di hospital. Paling menyedihkan apabila ibu bayi tersebut dipercayai tidak waras gara-gara bapa berkahwin baru.

Sebatang kara disini

Sampai ke malam nih tak habis fikir lagi, kenapa la tegar si ayah buat anak secomel terbiar begini, tanpa seorang pun tak ada yang lawat baby berusia 7 bulan nih, dah sebatang kara dia disini. Nasib misi-misi semua baik jaga baby nih bagai anak mereka sendiri. Dihati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang nih, paling membuat hati nih sebak adalah si ibu yang telah diuji dgn penyakit “GILA” kerana suami ada perempuan baru, mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi atau pun sudah lama tekanan yang dihadapi.

Sedih setiap kali terpandang bayi ini

Wahai si ayah dan perempuan kenapalah sanggup bina kebahagiaan di atas penderitaan insan-insan lain. Allahuakbar sedih sangat setiap kali terpandang wajah bayi yang tak mengerti tentang kehidupan ini lagi. Terpandang baby nih, hati menangis sangat-sangat. Semoga bila besar nanti bisa menggegarkan dunia tuk sebarkan Hidayat ya sayang.

Buat ayah-ayah diluar sana fikirkan sejenak untuk apa kita di hidupkan di dunia? Fikirlah matlamat sebenar kita disini, bimbing lah isteri dan anak sebaiknya, amanah Allah usah dipersiakan, kelak menyesal tak sudah, fikirlah sebelum kita kembali ke tempat asal, tiada peluang kedua untuk kita kembali ke sini lagi..

Penat menangis sampai tertidur

kesianya…kezliman yg dibuat oleh hati2 yg berajakan nfsu…kesian anak dan ibunya…

Ya kak sedih sgt… Dia main sorg2, nangis mesti rindukan bauan ibunya, bila dia nangis, penat nangis smpai tertidur, bila org dtg kpd nya usap2 dia, dia hisap2 tgn org, mgkin dia rindu nk susu badan ibu nya… Sian dia Ya Allah… Ibu nya sedang bertarung dgn penyakit gila yg sedang diuji, si ayah pula bersenang Ienang bahgia ….memg kita bayangkan ….. Allahuakbar kesianya…semoga ibunya cepat sembuh..dan dia dapat seorang ibu baru …kesianya xde ibu..tdr sendiri.

Bunga Larangan Ya kak… Kesian sgt, ni hah dia tidur sndiri, merengek2 dia sebelum tidur nk kan belaian ibu nya… Apa lah perasaan si ayah, knp la hati org lelaki nih x boleh berlembut mcm kita wanita…. x hbis fikir la ….. fol

Maaf semua terkejut sy beribu org pm tanya pasal baby yg sy post tuh, maaf ya sy tak menang tgn utk membalas, sy juga sibuk menjaga anak di wad yg sama dgn baby, byk soalan bertanya bolehkah baby itu diambil, buat pengetahuan semua baby tuh tidak boleh diambil utk dijadikan anak angkat, kerana baby tuh masih hak ibunya, hospital jaga dan jkm pantau, berkemungkinan sy dgr bila ibu baby kembali sihat, baby akan dikembalikan kepada ibunya ……. Lagi satu disini tidak boleh melawat ya, krn baby di wad pengasingan… Hanya ibu bapa baby shj yg boleh masuk, kita sama2 doakan yg terbaik utk baby tuh ya …..

Sumber : Bunga Larangan via oh bulan