Sekiranya Anda Pernah Ke Ipoh Pasti Tahu Menara Jam, Rupanya Baru Perasan Ada Satu Gambar Yang Telah Dipadam

Jika anda pernah ke Ipoh, pasti anda pernah melalui kawasan yang dikenali sebagai Menara Jam Memorial J.W.W Birch yang terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak.

Menara jam berwarna putih ini dibina pada 1909 bagi memperingati ulangtahun kematian ke-34 Birch. Jam ini dibina dengan kos 25,000 pound sterling, dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 ketika itu, iaitu Sir Ernest Woodford Birch.

Jika diperhatikan, terdapat beberapa gambar yang mewakili individu tertentu pada pada jam ini.

Namun terdapat satu imej yang diputihkan atau dipadam. Imej siapakah ini?

 

Rupanya, salah satu daripada 44 figura pada menara ini telah digambarkan sebagai imej Nabi Muhammad SWT. Namun selepas mendapat bantahan ramai dan menyentuh sensitiviti agama, imej ini telah dipudarkan dengan cat putih pada tahun 1990-an.

Imej-imej ini adalah bagi menggambarkan empat prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan, Keadilan, Kesabaran dan Ketabahan.

Sumber: Libur

Artikel Berkaitan   Kisah Ini Mungkin Lucu, Tetapi Ia Adalah Kes Yang Unik, Kanak-Kanak Terlanggar Ayam Hantar Ke Hospital Namun Ini Yang Terjadi