Sekumpulan Saintis Jumpa 24 Buah Planet Yang Boleh Diduduki Dan Lebih Baik Dari Bumi

Sekurang-kurangnya 24 buah planet dilaporkan ditemui oleh saintis dimana ia mungkin mampu diduduki dan lebih baik berbanding dengan bumi. Planet-planet itu dikatakan lebih besar dan mungkin juga menjadi lokasi sesuai untuk hidupan luar angkasa tinggal didalamnya.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Astr0biology baru-baru ini oleh sekumpulan penyelidik dari W4shington State Un1versity (WSU) melaporkan, kebanyakkan planet yang ditemui mereka adalah pada jarak 100 tahun cahaya dari Bumi.

Dengan jarak sedemikian, adalah sukar untuk manusia pergi melawat, namun tidak mustahil untuk dilihat menggunakan teleskop angkasa yang canggih. Bagi mengesahkan kewujudan planet-planet ini, Eur0pean Sp4ce Agency menerusi misinya AR1EL akan dilancarkan pada tahun 2028, dengan tujuan mencari kehidupan lain jauh di luar angkasa.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 4,500 exoplanet yang wujud di angkasa lepas, dimana sekurang-kurangnya 24 daripada planet itu mempunyai salah satu daripada ciri-ciri “superhabitability”. Antara ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti mempunyai saiz 10 peratus lebih besar dari Bumi, suhu permukaan lebih panas, mempunyai sumber air, dan mempunyai usia antara 5 hingga 8 bilion tahun (Bumi mempunyai usia 4.5 bilion tahun). Bagaimanapun, masih tiada planet yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini dan misi pencarian masih giat dijalankan.

kredit era

Artikel Berkaitan   WAJIB TAHU 5 Tanda Kematian Yang Terakhir Sebelum Roh Anda Dicabut Oleh Malaikat..