Memang typical, selalunya kita dengar cerita kaum lelaki yang mengecewakan dan memutuskan hubungan dengan teman wanita sebab dorang curang.
Tapi, kali ini lain ceritanya bila seorang individu kongsi video di media sosial tentang kawan baiknya yang kecewa selepas teman wanita curang. Menurut mStar, video berdurasi 2 minit 20 saat itu itu menunjukkan kawannya sedang mencangkung sambil membakar semua gambar lama bersama bekas kekasih.
Katanya, video itu kemudian terpaksa dipadam atas permintaan keluarga bekas kekasih rakan baiknya yang mendakwa turut terkena tempias selepas video tersebut viral.
Sebenarnya saya tak jangka pun video ni akan viral. Selalunya perempuan akan salahkan lelaki kalau bab curang, tapi ni terbalik pula.”
Kami sebagai lelaki ni asyik dipersalahkan kalau berlakunya putus cinta…jadi nak jugalah pertahankan martabat kami.”
Asalnya post sebab nak tunjuk pada ex dia je yang kawan saya dah move on. Tapi bila keluarga ex kawan saya tu kata kena tempias, terpaksalah saya delete.”
Ramai netizen yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa kawan baiknya tapi ada juga gadis yang bergurau ‘nakal’ cakap dia sepatutnya bercinta dengan dorang.