Gara-gara mengkritik hidangan nasi lemak, Twitter seorang wartawan Telegraph dari United Kingdom, Katie Morley telah menerima pelbagai kecaman yang majoritinya datang dari netizen Malaysia.
Terbaru, wartawan tersebut telah membuat satu lagi tweet denagn menyatakan dia tidak langsung berniat mahu menghina makanan tradisi rakyat Malaysia itu.
Saya dihidangkan versi nasi lemak yang teruk
Menurutnya, dia sememang tidak pernah mengetahui mengenai dan mencuba nasi lemak, itula pertama kali dia mendapat hidangan tersebut.
Many Malaysians have got in touch to say the meal I tweeted about yday is a popular national dish. I’d not come across it before & meant no offence. As many have pointed out, I was clearly served a v poor version by BA. Sure it can be lovely & hope to try the real thing one day!
— Katie Morley (@KatieMorley_) January 16, 2020
Katanya, hidangan yang diterima adalah versi nasi lemak yang kurang enak, dan dia berharap satu hari nanti dia dapat merasa makan masakan nasi lemak yang sebenar.
“Saya dihidangkan dengan hidangan yang teruk. Harap suatau hari nanti saya dapat menikmatinay dengan hidang sebenar…”
Mendapat permohonan maaf daripada wartawan tersebut, rata-rata netizen mempelawa wanita mat salleh itu untuk berkunjung ke Malaysia dan merasai sendiri masakan sebenar nasi lemak yang asli.