Seorang Rakyat Malaysia Disahkan Meninggal Dunia Di Turki, Bas Tergelincir Dan Mengorbankan Nyawa

SEORANG rakyat Malaysia maut apabila sebuah bas ekspres yang membawa 35 rakyat Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurut kenyataan kedutaan besar Malaysia di Turki, kemalangan berlaku di Afyonkarahisar ketika mereka dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.

Selain mangsa yang meninggal dunia, 10 lagi penumpang turut mengalami kecederaan.

Mereka kini sedang dirawat di hospital Afyonkarahisar.

Untuk rekod, jarak Ankara ke Afyonkarahisar adalah lebih kurang 300 km atau 4 jam perjalanan darat.

Pihak kedutaan memaklumkan, sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa tempatan dan hospital.

Setakat ini, pihak kedutaan telah berhubung dengan Gabenor Afyonkarahisar dan dimaklumkan akan melawat mangsa kemalangan secepat mungkin.

Pihaknya juga akan memberikan perkembangan insiden dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan   “Seram Giler. Saya Dengar Bunyi Bising Kat Dapur, Saya Pergi Jenguk Dan Nampak Mak Mertua Tengah Bersilat. Mulutnya Menyebut Nama Kusyroni”