Pada awal bulan ini, kisah mengenai seorang wanita kurang waras yang membesarkan 10 orang anak telah mendapat perhatian warga Facebook. Unggahan mengenai wanita ini telah dimuat naik di Akaun Facebook Vitaminbae.
Team Kemanusiaan Vitaminbae Sandakan yang telah diketuai oleh Encik Saharuddin bin Amirullah telah menjumpai wanita ini ketika menjalankan misi membakul makanan untuk asnaf di sana.
Ikuti perkongsian mereka.
Tak terfikir aku seorang wanita yang kurang waras dapat menjaga 10 orang anak..
“..inilah jiran saya tu anak 10 orang, suami isteri tiada kerja..harapkan anak sulung saja yang kerja, dulu dia kerja tapi sejak adanya covid ni, susah..”
“..makcik jangan takut ya saya dan kawan ni mahu bagi bantuan saja, sinilah datang dekat kita berbual-bual dulu..”
Kehairanan makcik tu melihat kami orang tidak dikenali tiba-tiba datang mencarinya.
“..siapa kamu? Poliskah??”
“..Bukan makcik, bukan polis ba haha..mana sudah anak makcik tadi??..”
“..itu dia bertapuk (bersembunyi), takut dia kalau kamu tangkap dia..”
“..hahaha.. tiadalah ba makcik, ini bantuan untuk makcik kami bagi ya. Kalau makcik seorang mana boleh angkat..
“..ouh yala-yala hehe bukan mahu tangkap kami kan..”
“..ya bukan jangan risau, kerja kami ni mencari orang susah untuk dibantu..”
Nama anaknya Fahri, seorang yang dengar kata, pemalu dan ringan tulang membantu jiran-jiran angkat barang.
Terpandang wajahnya saya jadi simpati, apa agaknya masa depan menanti insan yang bernama fahri ini?
Kita doakan semoga keluarga asnaf ini Allah permudahkan urusan kehidupan di dunia sampai akhirat. Moga berkah juga untuk semua.
MasyaAllah, terfikir sejenak bagaimana wanita itu membesarkan kesepuluh-sepuluh anaknya dengan keadaannya yang begitu.
Semoga ada masa depan yang cerah untuk keluarga ini.
Tahniah buat Team Kemanusiaan Vitaminbae kerana tidak putus-putus membantu asnaf di sana. Mudah-mudahan dibalas dengan ganjaran syurga kelak.
Sumber : Vitaminbae