Sesuai Untuk Minum Petang,Resipi Bubur Candil Guna Tepung Pulut

Resepi bubur candil ini pernah viral beberapa tahun lepas. Ramai yang menggemari rasa lemak-lemak manis kuahnya, ditambah pula dengan doh candil yang lembut!


Cara-cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan tidak terlalu banyak. Sangat mudah kalau anda nak cuba buat di rumah.

Ikuti saja resipi hasil perkongsian oleh Norasikin Termizi di bawah. Sukatan yang dikongsikan ini sesuai untuk 3 hingga 4 orang makan. Jom cuba!

RESEPI BUBUR CANDIL MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan doh candil:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna pilihan

Cara-cara buat doh candil:

1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.

3. Sementara menguli doh, didihkan air dalam periuk.

4. Cubit doh dan bulatkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan hingga timbul. Bila doh timbul, maksudnya ia telah masak. Tidak perlu dikacau.

resepi bubur candil

5. Angkat doh dan letak dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.

Bahan kuah santan manis:

  • 4 cawan air
  • 2 ketul gula melaka – boleh juga guna gula merah @ gula pasir
  • 2 cawan santan
  • 1 ½ sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara buat kuah santan manis:

1. Masukkan air, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut.

2. Masukkan santan dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Masak sehingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

4. Rasa kuah, jika kurang manis, boleh tambah gula merah @ gula pasir.

5. Masukkan doh tepung. Sedia untuk dinikmati.

resepi bubur candil

TIPS: Semasa mahu menguli doh dengan pewarna, jangan letak pewarna terlalu banyak. Apabila doh sudah masak nanti, warnanya akan jadi lebih terang/gelap.

Kredit resipi dan gambar: Norasikin Termizi