Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi,Sandwich Sushi Guna Roti Buku….

Pernah cuba buat Sandwich Sushi? Menu kreatif tapi sangat mudah penyediaannya, jom kita tengok cara-cara nak buat. 


Mesti bosan bila lauk masa tengah diet hambar je kan? Boleh kreatif dengan menghasilkan menu makanan sihat yang boleh naikkan selera dan kenyang.

Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Shahrul Bieha menerusi laman Facebook sehingga meraih 2.1k shares! Menariknya, resepi sandwich sushi ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat.

Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia. 


RESIPI ROTI SANDWICH SUSHI

” alt=”” aria-hidden=”true” />sandwich sushi

Bahan-bahan:

  • Seaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)
  • Roti Gardenia
  • Salad secukupnya
  • Mayonis
  • Carrot yang telah dipotong memanjang
  • Sosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong

Nota: Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat Aeon atau Shopee mudah nak dapat.

Bahan Topping:

  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos thousand island / sos keju
  • Bijan

Cara-cara penyediaannya:

1. Sapu dahulu mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.

2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua dan lenyekkan roti tersebut untuk memudahkan rolling seperti sushi.

3. Kemudian, susun carrot, sosej dan daun salad seperti nak buat sandwich.

4. Gulungkan sandwich sushi dan boleh potong kepada 5 bahagian.

5. Boleh hiaskan dengan bahan topping mengikut kreativiti masing-masing.

Dah siap, korang dah boleh menjamu selera dan sesuai juga untuk bawa bekal.

” alt=”” aria-hidden=”true” />sandwich sushi


Selamat mencuba!