Sejak pandemik melanda dunia, banyak ahli keluarga yang terpisah lama. Ada yang hampir dua tahun tidak berusia muka kerana kekangan untuk merentas sempadan negeri dan juga negara.
Jadi, sudah tentu kelonggaran yang dibenarkan sejak beberapa bulan ini digunakan sebaiknya oleh mereka untuk pulang bertemu ahli keluarga tersayang.
Bertemu selepas setahun
Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @beebah.king.official, dia telah memuat naik satu video pertemuan seorang abang dan adiknya selepas setahun tidak bersua.
@beebah.king.officialkasih abang dan adik..setahun lebih berpisah disebabkan covid..sorang kat mys..sorang kat spore..#pubgmjinx #viral #fypシ #itsmefaizal #tiktokviral ♬ original sound – 🐝👑𝓑𝓑_𝓚𝓘𝓝𝓖👑🐝 – 🐝👑𝓑𝓑_𝓚𝓘𝓝𝓖👑🐝
Seorang di Singapura, seorang di Malaysia
Menurutnya, mereka tidak dapat berjumpa kerana seorang berada di Malaysia dan seorang lagi berada di negara seberang tambak, Singapura.
Apa yang mengharukan adalah reaksi abangnya yang terkejut dan berlari memeluk adik perempuan tersayang kerana begitu merindui setelah lama tidak bersua.
Tahniah buat ibu bapa yang mendidik anak
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyatakan rasa terharu melihat keakraban adik-beradik walaupun masing-masing sudah dewasa.
Mereka juga akui seronok dan terhibur melihat keletah adik-beradik itu yang memuatkan mereka terkenang akan ahli keluarga masing-masing.
Tumpang gembira laa
Mata masuk habuk la pulak
Bahagia rasa tengok hubungan adik-beradik macam ni
Suka tengok abang tu berlari
Sumber: TikTok @beebah.king.official